Harian Metro

Kyrgios mara pusingan keempat

-

Miami: Nick Kyrgios

mara ke pusingan keempat Terbuka Miami walaupun mengakui dia kurang cergas untuk perlawanan, seterusnya bersaing merebut gelaran.

Kyrgios tiba di selatan Florida selepas tidak bermain selama dua bulan berikutan kecederaan siku yang memaksanya menarik diri daripada kejohanan di Rotterdam, Delray Beach, Acapulco dan Indian Wells beberapa minggu kebelakang­an ini.

Kemenangan 6-3, 6-3 ketika berdepan pemain nombor 18 dunia dari Itali, Fabio Fognini jelas menggambar­kan dia kembali ke prestasi terbaik.

Pemain Australia itu hanya mengambil masa 29 minit untuk menang set pertama, walaupun Fognini bertarung hebat pada set kedua, ia tidak cukup untuk menghalang pemain berusia 22 tahun itu

(gambar)

memukul bola dengan pantas di seluruh gelanggang.

Selepas ini, Kyrgios akan menentang sama ada David Ferrer atau Alexander Zverev untuk ke kelompok lapan terakhir dan dia menegaskan masalah dialaminya masih belum pulih.

“Saya datang ke sini tidak menjangkak­an sesuatu yang hebat,” katanya. “Saya mengalami masalah belakang dan saya masih jauh daripada pulih 100 peratus.

“Jadi menang perlawanan seperti ini memberikan saya keyakinan yang hebat. Saya baru pulih 70 peratus jadi saya hanya melakukann­ya dan melaluinya dengan sangat perlahan.

“Saya masih belum dapat berlatih dengan keras. Saya hanya melakukann­ya sedikit demi sedikit.” - AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia