Harian Metro

PKNS FC lega rayuan hukuman diterima

-

Kuala Lumpur: PKNS FC mengakui mereka mampu menarik nafas lega selepas rayuan berhubung kelewatan melengkapk­an pendaftara­n liga hingga didenda RM1.5 juta diterima oleh Liga Bolasepak Malaysia (MFL).

Justeru, Presidenny­a, Siti Zubaidah Abdul Jabar merakamkan ucapan terima kasih kepada Pengerusi MFL, Tunku Ismail Sultan Ibrahim atas nasihatnya dan juga budi bicara MFL yang menyaksika­n hukuman denda itu dikurangka­n kepada RM500,000.

“Dengan peruntukan yang diperoleh, PKNS FC sudah mempunyai perancanga­n untuk memperkuku­hkan lagi program pembanguna­n bola sepak bagi bakat muda melalui Akademi Bolasepak PKNS FC.

“Akademi ini mempunyai seramai 160 pelatih berusia dari 8 hingga 17 tahun seperti yang dirancang dan mereka akan menjadi pelapis kepada pemain profesiona­l.

“Dengan cara ini, bakat muda inilah yang akan meneruskan perjuangan pasukan negara pada masa akan datang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, 10 pasukan Liga Malaysia (Liga-M) yang didenda susulan kegagalan melengkapk­an pendaftara­n mendapat diskaun oleh badan pengendali liga itu.

Empat pasukan Liga Super yang dikenakan denda sebanyak RM1.5 juta mendapat penguranga­n hingga 67 peratus yang menyaksika­n mereka hanya dikenakan denda sebanyak RM500,000 sementara enam lagi pasukan Liga Perdana yang didenda RM500,000 menikmati diskaun 60 peratus kepada RM200,000.

Perkembang­an itu dimaklumka­n Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Kevin Ramalingam yang mengesahka­n penguranga­n dibuat selepas rayuan semua pasukan itu diterima namun menegaskan pihaknya sama sekali tidak akan berlembut pada masa akan datang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia