Harian Metro

Pentas raih maruah

- Rodly Fadly sukanteam@nstp.com.my

 Maciel yakin City Boys lebih bersedia hadapi Selangor selepas aib dalam perlawanan lalu

Fabio Maciel menganggap aksi suku akhir Piala FA pada 6 dan 21 April ini adalah pentas terbaik buat Kuala Lumpur menebus kekalahan 0-2 kepada Selangor sambil melaungkan amaran pasukan kendaliann­ya lebih bersedia kali ini.

Selepas kecundang kepada musuh setempat Lembah Klang itu dalam perlawanan sulung Liga Super pada 4 Februari lalu, Maciel memang menunggu masa yang sesuai untuk menebus kekecewaan kerana tidak berpuas hati dengan kekalahan itu.

“Saya sukar menerima kekalahan itu kerana berdasarka­n persembaha­n kami, Kuala Lumpur tidak layak untuk kalah kepada Selangor. Kami menguasai perlawanan, cuma gagal menjaringk­an gol.

“Saya gembira kami memperoleh peluang untuk menebus kekecewaan itu, lebih bermakna kerana pertaruhan kali ini adalah slot ke separuh akhir Piala FA.

“Selepas mengharung­i tujuh perlawanan secara keseluruha­nnya, termasuk dua perlawanan Piala FA, saya boleh katakan kami kini lebih bersedia untuk berdepan Selangor berbanding perlawanan pertama dulu,” ujar Maciel.

Jurulatih dari Brazil itu berkata, selepas membentuk keserasian, pasukannya mula menemui rentak dengan menewaskan Kedah (4-3) dalam Liga Super disusuli kemenangan dramatik melalui sepakan penalti ke atas Melaka yang membawa mereka ke suku akhir Piala FA.

“Saya yakin pemain Kuala Lumpur kini mempunyai mental kuat selepas mampu mengharung­i perlawanan selama 120 minit dengan hanya 10 pemain ketika kami mengalahka­n Melaka.

“Paling menggembir­akan apabila Guilherme (De Paula) kembali menemui sentuhan jaringan. Dia membuktika­n keyakinan saya terhadapny­a bukan sia-sia.

“Malah panggilan untuk Zaquan (Adha Radzak) menyertai skuad kebangsaan juga satu suntikan moral bukan saja kepadanya malah keseluruha­n pasukan,” katanya.

“Kami lebih bersedia berdepan Selangor kali ini namun ia bukan perlawanan mudah kerana pasukan itu turut membuat kejutan apabila mengalahka­n Terengganu di tempat lawan pada pusingan ketiga Piala FA.

“Ia membuktika­n Selangor bukan calang-calang pasukan serta tidak boleh diambil mudah. Sudah pasti kemenangan ke atas Terengganu itu turut melonjakka­n semangat mereka” jelas Maciel.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia