Harian Metro

Tahan kumpulan kecoh depan balai

-

jijik. Membuang air kecil atau besar di tempat awam dan kali ini di pusat belibelah di mana terdapat tandas awam serta kaunter pertanyaan.

“Terdapat juga bilik persalinan anak di Metrojaya. Ya, mereka adalah pelancong. Mungkin kita perlu ada papan tanda bukan saja dalam bahasa Inggeris atau bahasa Melayu,” katanya yang dimuat naik dalam status FB itu.

Ketika dihubungi,

Edrie yang bekerja di sebuah agensi pelanconga­n berkata, insiden itu berlaku kira-kira jam 1.30 tengah hari di kawasan lif tingkat bawah di Suria Sabah.

Menurutnya, dia ternampak pasangan pelancong asing itu di suatu sudut sambil menukar lampin anak mereka.

“Tandas hanya di sebelah. Saya tidak melihat sama ada kanak-kanak itu sudah membuang air kecil atau belum, tetapi biasanya yang saya temui (berkelakuk­an begitu) adalah pelancong asing,” katanya.

Edrie percaya keluarga itu adalah pelancong asing dan bukan tempatan berdasarka­n percakapan mereka.

Berikutan itu, Edrie berkata, pusat beli-belah dan tempat awam harus mempunyai papan tanda tandas yang lebih besar.

“Kami mempunyai ramai pelancong yang datang dari China, Jepun dan Korea Selatan.

“Mungkin kita perlu meletakkan lebih banyak tanda dalam pelbagai bahasa,” katanya. Padawan: Enam lelaki yang disyaki terbabit dalam insiden kekecohan di depan Balai Polis Batu 10, di sini, malam Ahad lalu, sudah ditahan polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Datuk

Dev Kumar berkata, mereka yang berusia antara 20 hingga 27 tahun itu ditahan di beberapa lokasi, di sini, malam kelmarin.

Menurutnya, mereka itu dipercayai daripada dua kumpulan yang membuat kecoh ketika ke Balai Polis Batu 10 untuk membuat laporan berkaitan kejadian merosakkan kereta di sebuah pasar raya besar di Batu 10, pada malam Ahad lalu.

Katanya, seorang daripada suspek itu dikatakan tidak berpuas hati dengan tindakan pemandu yang tidak memberi laluan kepadanya.

“Suspek itu kemudianny­a mengekori pemandu kereta berkenaan hingga ke pasar raya terbabit sebelum dia bertindak merosakkan kereta lelaki terbabit.

“Selepas tercetus pertengkar­an dan pergaduhan, dua lelaki itu bersama beberapa rakan mereka kemudianny­a pergi ke Balai Polis Batu 10 untuk membuat laporan.

“Bagaimanap­un, dua kumpulan itu masih tidak berpuas hati dan terus bergaduh setibanya di depan balai polis berkenaan kira-kira jam 8.30 malam,” katanya.

Menurut Dev, kejadian itu menjadi viral di media sosial hingga banyak komen negatif mengenai kegagalan polis untuk meredakan kekecohan yang tercetus di depan balai berkenaan.

“Siasatan dalaman juga sedang dijalankan (terhadap anggota polis bertugas) berkaitan kejadian itu dan masih belum dapat mengulas lanjut mengenainy­a sehinggala­h siasatan dalaman selesai.

“Suspek yang ditahan pula disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 427 kanun yang sama kerana perbuatan khianat.

“Semua enam suspek itu akan dibawa ke Mahkamah Kuching hari ini (semalam) untuk mendapatka­n perintah reman,” katanya.

Viral pelancong asing bersih najis anak di luar tandas

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? VIDEO menunjukka­n dua kumpulan membuat kecoh di Balai Polis Batu 10, Padawan.
VIDEO menunjukka­n dua kumpulan membuat kecoh di Balai Polis Batu 10, Padawan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia