Harian Metro

PINDAH FLAT MEREKAH

- Kalbana Perimbanay­agam cnews@nstp.com.my

 300 penghuni dipindah ke SMK Jalan Tiga

Bangi

Lebih 300 penghuni Blok 4 Flat Jubli Perak Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Seksyen 4, Bandar Baru Bangi, di sini, terjejas berikutan tiang bangunan itu mengalami keretakan serius, semalam.

Penduduk daripada 48 unit kediaman empat tingkat itu sudah dipindahka­n ke Sekolah

Menengah Kebangsaan (SMK) Jalan Tiga, kira-kira dua kilometer dari flat berkenaan bermula jam 6 petang semalam.

Pegawai Daerah Kajang Datuk Rosli Othman berkata, pihaknya mengeluark­an perintah evakuasi selepas diberikan taklimat mengenai keadaan flat oleh pihak berkuasa ketika lawatannya ke tempat kejadian.

Rosli berkata, sementara menunggu pemeriksaa­n keselamata­n, penduduk diberi pilihan sama ada tinggal di pusat pemindahan atau di kediaman saudara mereka.

“Bagaimanap­un, mereka mesti mendaftar pemindahan keluar di pusat operasi sementara yang dibuka di kawasan letak kereta flat bagi memastikan semua maklumat penghuni dikumpul jika berlaku sebarang insiden memandangk­an barang mereka juga masih berada dalam rumah,” katanya ketika ditemui di lokasi, semalam.

Katanya, polis dan kakitangan pihak berkuasa tempatan (PBT) akan berada di lokasi sepanjang masa bagi memastikan penghuni dan barangan mereka selamat.

“Blok itu mesti dikosongka­n tengah malam ini (malam tadi) dan sesiapa yang ingin mengambil apa-apa dari unit mereka, perlu pergi bersama pegawai bertugas di lokasi,” katanya.

Beliau berkata, arkitek PKNS dan Jabatan Kerja Raya (JKR) memerlukan masa antara

 ??  ??
 ??  ?? SEBAHAGIAN penduduk dipindahka­n ke SMK Jalan Tiga. KEADAAN tiang di blok 4 Pangsapuri Jubli Perak, Bandar Baru Bangi yang retak dan tidak selamat untuk diduduki. PENDUDUK susah hati melihat retakan di kediaman mereka.
SEBAHAGIAN penduduk dipindahka­n ke SMK Jalan Tiga. KEADAAN tiang di blok 4 Pangsapuri Jubli Perak, Bandar Baru Bangi yang retak dan tidak selamat untuk diduduki. PENDUDUK susah hati melihat retakan di kediaman mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia