Harian Metro

‘MASAKU KIAN HAMPIR’

- Najiy Jefri najiy.jefri@hmetro.com.my

 Bob Lokman luah kesihatan jantungnya makin merosot

“Keadaan jantung saya semakin teruk. Doktor pun tidak mampu berbuat apa-apa. Saya dapat rasakan ‘masa’ saya hampir tiba. Maafkan saya.”

Itu luahan pelakon dan penulis lirik, Bob Lokman mengenai keadaan kesihatann­ya yang semakin merosot akibat masalah jantung.

Bob atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman, 55, berkata, dia kini bergantung kepada ubat-ubatan berdos tinggi bagi mengelak diserang angin ahmar.

Menurut Bob, disebabkan pengambila­n ubat itu dia hilang selera makan, sekali gus mengakibat­kan tubuhnya lemah.

“Saya kini bergantung dengan ubat berdos tinggi supaya tidak diserang angin ahmar. Saya bimbang jika terkena serangan angin ahmar, saya sukar untuk berkomunik­asi dan akan menyusahka­n keluarga,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Bob, dalam usia melepasi separuh abad ini, dia berasakan banyak perkara yang disia-siakannya.

“Memasuki usia 55 tahun, saya rasa banyak perkara yang saya buat selama ini sia-sia. Jadi pada usia yang berbaki ini saya cuba melakukan perkara yang baik, mendatangk­an pahala supaya dapat beri saya keyakinan jika meninggal dunia, saya akan diterima Allah.

“Jika saya pergi, saya nak dikenang sebagai manusia yang berguna kepada agama dan bangsa. Walaupun perkara ini selalunya datang apabila keadaan umur tidak mengizinka­n namun berkat doa sahabat dan orang ramai yang banyak membantu, saya harap urusan saya dipermudah­kan nanti,” katanya yang kini mendapatka­n rawatan di Hospital UiTM Sungai Buloh di sini, tiga kali seminggu.

Sementara itu, Bob menerusi akaun Facebookny­a, semalam berkata, dia menyedari kegembiraa­n yang dilaluinya sebelum ini sudah tidak seperti dahulu.

“Selepas segala kegembiraa­n dan kesedapan aku lalui, standard sudah berubah.

“Selera makanan dan ghairah kehidupan sudah menurun sampai ke peringkat menunggu. Kau fahamlah. Cuma masih ada rasa untuk mencari peluang terbaik seterusnya.

“Sahabat, hari ini kau semua datang kembali dalam realiti, kenangan dan aku mula mengerti bahawa hubungan kita tidak hanya sampai di sini, cuma mungkin aku yang akan men- dahului dengan faktor yang aku miliki,” tulisnya.

Bob pernah dimasukkan ke hospital berkenaan akibat masalah jantung bengkak dan paru-paru berair pada awal Januari lalu.

 ??  ??
 ?? Bob Lokman ?? Saya kini bergantung dengan ubat berdos tinggi supaya tidak diserang angin ahmar”
Bob Lokman Saya kini bergantung dengan ubat berdos tinggi supaya tidak diserang angin ahmar”
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia