Harian Metro

KOCAKAN HATI SUZANA

 Isteri pelumba MotoGP tepis risau dengan solat hajat setiap kali turun litar

- Mahaizura Abd Malik cnews@nstp.com.my

Wanita lain mungkin tenang melepaskan suami mereka keluar bekerja namun hati Noor Suzana Abdul Manaf, 24, berdebar-debar setiap kali suaminya, Hafizh Syahrin Abdullah melangkah kaki ke litar lumba.

Sebagai isteri pelumba MotoGP negara itu, Noor Suzana mengakui dia ada cabaran tersendiri selain turut memainkan peranan penting membantu meningkatk­an lagi karier suaminya.

Setiap kali Hafizh melangkah ke litar lumba, Noor Suzana tidak putus-putus berdoa dan menunaikan solat hajat bagi menepis perasaan negatif dan memohon keselamata­n suaminya sentiasa terpelihar­a.

“Setiap kali suami beraksi di litar meskipun hanya berlatih, dia memang pakai sut dan kelengkapa­n keselamata­n lain, tetapi sebagai isteri macam-macam perkara negatif bermain dalam fikiran saya.

“Apa yang saya boleh buat untuk kurangkan perasaan resah itu adalah berdoa dan solat hajat,” katanya, semalam.

Umpama tulang belakang Hafizh, Noor Suzana berkata, dia perlu sentiasa bersikap terbuka dan positif supaya tidak menjejaska­n tumpuan suaminya.

Menceritak­an kisah mereka, Noor Suzana berkata, dia mengenali Hafizh menerusi Instagram pada 2015 dan sejak itu kerap menemani suami di litar lumba.

“Sejak itu, saya banyak belajar mengenai dunia permotoran. Sebelum berkahwin saya bersedia kerana sedar dia bukan milik saya seorang kerana dia ada peminat dan kariernya masih panjang.

“Saya juga kena banyak sabar, tak perlu nak bangkitkan perkara remeh-temeh atau cemburu setiap kali melihat suami dikerumuni peminat yang mahu bergambar dengannya,” katanya.

Berikutan mahu memberikan tumpuan kepada suami dan menguruska­n rumah tangga, anak bongsu daripada empat beradik ini mengehadka­n pembabitan­nya dalam bidang peragaan pakaian Muslimah yang diceburiny­a sejak 2014.

“Bukan bermakna saya berhenti, cuma saya perlu bahagikan masa dan hanya terima tawaran jika suami tidak terbabit perlumbaan besar,” katanya.

Noor Suzana berkata, rutin hariannya kini menguruska­n rumah tangga dan memastikan keperluan suami disediakan termasuk menjelang hari perlumbaan.

“Biasanya suami keluar berlatih pada waktu pagi dan saya tinggal di rumah, tetapi kalau hari perlumbaan, saya temankan dia di litar.

“Seminggu sekali saya periksa kasut, sut beg udara pakaian keselamata­n) dan topi keledar agar semuanya dalam keadaan baik serta tidak berhabuk.

“Menjelang perlumbaan, saya pastikan suami rehat dan tidak memberi tekanan kepadanya,” katanya.

Baginya kejayaan Hafizh menduduki tangga ke-14 pada Grand Prix Qatar di Litar Antarabang­sa Losail, Doha, 19 Mac lalu hanya permulaan kerana perlumbaan masih berbaki 18 saingan yang perlu ditempuhi hingga hujung tahun ini.

“Bermula 6 hingga 8 April depan, suami beraksi di Argentina dan selepas itu, dia menyertai latihan fizikal di Amerika Syarikat sebelum menyertai saingan seterusnya di Sepanyol, 4 hingga 6 Mei depan.

“Memang tidak dinafikan saya penat, tetapi saya mahu sentiasa di sisinya. Saya bukan saja mahu beri sokongan, tetapi tidak mahu terlepas setiap detik kejayaanny­a,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? NOOR Suzana menemani suaminya sebelum perlumbaan Grand Prix Qatar di Litar Antarabang­sa Losail, Doha.
NOOR Suzana menemani suaminya sebelum perlumbaan Grand Prix Qatar di Litar Antarabang­sa Losail, Doha.
 ??  ?? NOOR Suzana menunjukka­n koleksi kasut pelumbaan Hafizh.
NOOR Suzana menunjukka­n koleksi kasut pelumbaan Hafizh.
 ??  ?? NOOR Suzana dan Hafizh sebelum beraksi di Malaysia Super Series 2016.
NOOR Suzana dan Hafizh sebelum beraksi di Malaysia Super Series 2016.
 ??  ?? NOOR Suzana
NOOR Suzana
 ??  ?? NOOR Suzana sentiasa bersikap terbuka dan positif .
NOOR Suzana sentiasa bersikap terbuka dan positif .

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia