Harian Metro

Mampu tingkat tahap profesiona­lisme kehakiman

-

Klang: Penubuhan Mahkamah Sesyen Antipemerd­agangan Orang (ATIP) berupaya menyegerak­an tempoh penyelesai­an kes, sekali gus lebih menjamin kebajikan mangsa terutama yang mahu pulang ke negara asal masing-masing.

Selain mengurangk­an rasa trauma mangsa, mahkamah khas itu dapat meningkatk­an lagi tahap profesiona­lisme kehakiman negara di peringkat antarabang­sa.

Perkara itu diluahkan dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang hadir menyatakan sokongan dan menyertai perasmian Mahkamah Sesyen ATIP pertama negara di Mahkamah Klang, semalam.

Pengerusi Tenaganita, Aegile Fernandez berkata, pertubuhan­nya yang ditubuhkan sejak 1991 dan berpangkal­an di Petaling Jaya sudah membantu ribuan warga asing rata-ratanya dalam proses perbicaraa­n mahkamah merangkumi pelbagai kes.

“Ia antaranya berkaitan kes diperdaya majikan, ejen dan juga dalam proses pulang ke negara asal mereka. Sepanjang proses itu, kita menyediaka­n tempat tinggal, makanan dan sesi kaunseling.

“Namun, kita mendapati banyak cabaran dihadapi mahkamah biasa yang mungkin tidak begitu fasih mengenai Anti Pemerdagan­gan Orang dan Penyeludup­an Migran (ATIPSOM) terutama beberapa elemen berkaitan.

“Sebagai contoh, seorang pembantu rumah tidak menerima gaji selama bertahun-tahun, namun ia diklasifik­asikan mengikut Akta Buruh sedangkan wujud elemen lain seperti dikurung majikan, tidak diberi makan dan kerja lebih masa. Elemen itu juga mempunyai kaitan dengan ATIPSOM,” katanya.

Kata Aegile, Mahkamah Sesyen ATIP yang menempatka­n hakim khas itu juga sekali gus membolehka­n lebih banyak kes pendakwaan dijalankan dan diselesaik­an dalam tempoh lebih singkat.

 ?? Aegile Fernandez ?? Kita mendapati banyak cabaran dihadapi mahkamah biasa yang mungkin tidak begitu fasih mengenai Anti Pemerdagan­gan Orang dan Penyeludup­an Migran (ATIPSOM) terutama beberapa elemen berkaitan”
Aegile Fernandez Kita mendapati banyak cabaran dihadapi mahkamah biasa yang mungkin tidak begitu fasih mengenai Anti Pemerdagan­gan Orang dan Penyeludup­an Migran (ATIPSOM) terutama beberapa elemen berkaitan”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia