Harian Metro

Aprena masih terkejut

-

seminggu ketika mula bersiaran.

Menurut Aprena, dia takut sekiranya lakonannya dikecam penonton dan diberi jolokan pelakon kayu.

“Saya sedar diri yang masih terlalu hijau diberikan watak utama. Jadi, apabila mula ditayangka­n banyak perkara bermain difikiran terutama soal komen dan kritikan penonton. Lagipun, perkara ini sering terjadi kepada pelakon baru seperti saya.

“Tidak dinafikan ada komen mempertika­ikan kenapa saya dipilih sebagai heroin. Begitu juga yang menyifatka­n saya tidak ada aura melakonkan watak utama.

“Namun, selepas seminggu tayangan, pasukan produksi memaklumka­n lakonan saya mendapat maklum balas positif. Peminat mulai memuji dan kebanyakan­nya menyatakan hasrat berjumpa saya,” katanya.

TAK RAHSIA PERKAHWINA­N

Tidak hanya latar belakang dirinya daripada anak seni, Aprena juga sudah berkahwin dengan ahli perniagaan,

Mohd Afiq Hazman, 31, pada November 2016.

Jika segelintir pihak selesa untuk merahsiaka­n status peribadi, tidak bagi Aprena yang selesa berkongsi mengenai perkara sebenar.

“Selepas berkahwin, tawaran berlakon tidak putus dan watak pula menarik.

Saya anggap ini adalah rezeki berkahwin. Malah, selepas berlakon dalam Pinggan

Tak Retak Nasi Tak Dingin yang turut ditayangka­n di slot Akasia tahun lalu, saya mendapat tawaran Tiada Arah Jodoh Kita.

“Dalam perkara ini saya okey saja. Kalau ada sesiapa bertanya, saya akan berkongsi. Lagipun, tanpa restu dan sokongan suami saya takkan berada sampai di tahap sekarang. Dalam erti kata lain, dia adalah tulang belakang saya.

“Jadi, buat apa saya nak malu atau sorok status perkahwina­n. Sebaikbaik­nya, lebih bagus jika orang sekeliling tahu. Soal status tidak menghalang untuk berlakon kerana apa yang penting adalah bakat. Paling penting, rezeki Allah ada di mana-mana,” katanya.

Aprena yang belum memiliki cahaya mata berkata, suaminya tidak pernah meletakkan syarat tertentu asal saja dia tahu menjaga batas dan tanggungja­wab sebagai isteri.

“Setiap kali keluar bekerja, suami pesan agar jaga diri dan pergaulan.

Dia meletakkan sepenuh kepercayaa­n kepada saya.

Dia sangat memahami kerjaya saya sehinggaka­n tidak perlu datang ke lokasi untuk buat ‘spot check’,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, Aprena bakal terbabit dalam penggambar­an telefilem dan drama Ops

Din Sardin lakonan bersama Izzue Islam untuk slot Iris di TV3.

Selain itu, Aprena juga bakal berganding­an dengan Idris Khan menerusi telefilem raya, 3 Syawal.

Aprena juga baru selesai menjalani penggambar­an telefilem Ini Harta Bedu Punya untuk TV9.

Daripada pelakon biasa, dia kini digilai dan mengumpul peminat tersendiri

 ?? FOTO:
SOLEKAN:
PAKAIAN: ??
FOTO: SOLEKAN: PAKAIAN:
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia