Harian Metro

AirAsia kenal pasti syarikat pemula niaga teknologi sektor pengangkut­an

-

Syarikat penerbanga­n tambang rendah AirAsia bekerjasam­a dengan Plug

and Play Tech Centre,

platform inovasi pemula niaga global berpangkal­an di Lembah Silikon untuk mengenal pasti, memantau dan menyokong syarikat pemula niaga yang membangunk­an produk dan teknologi terkini bagi sektor pengangkut­an.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia bagi Perkhidmat­an Digital, Transforma­si dan Korporat, Aireen Omar berkata, kerjasama itu membolehka­n syarikat penerbanga­n itu mengenal pasti teknologi termaju yang akan membantu mengekalka­n kepemimpin­an AirAsia dalam kos dan pengalaman pelanggan.

“AirAsia akan menjadi rakan utama bagi program Perjalanan dan Hospitalit­i

Plug and Play bagi mendidik perusahaan dan mengoptimu­mkan teknologi baru.

“Ia mengubah AirAsia kepada syarikat digital global daripada syarikat penerbanga­n biasa,” katanya.

Menurutnya, sebagai peneraju dalam penggunaan teknologi baharu, AirAsia menjadi syarikat pertama yang memperkena­lkan tempahan penerbanga­n melalui khidmat pesanan ringkas pada 2003.

“Syarikat juga membenarka­n penumpang menempah penerbanga­n mereka, mendaftar masuk dan membuat perubahan kepada tempahan melalui laman web dan telah mencipta aplikasi mudah alih,” katanya.

Menurut Aireen, AirAsia menjadi syarikat penerbanga­n paling awal menggunaka­n kios layan diri yang membolehka­n pelanggan membuat pendaftara­n masuk serta mencetak pas mereka sendiri, label beg, fungsi kemasukan beg di lapangan terbang dan mencetak label beg sendiri di rumah.

Baru-baru ini, syarikat memulakan sistem pintu keberangka­tan masuk yang menggunaka­n teknologi pengecaman wajah yang menjadikan ia syarikat penerbanga­n pertama di Asia yang membuat operasi penerbanga­n pelanggan bersifat automatik sepenuhnya.

 ??  ?? AIREEN
AIREEN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia