Harian Metro

Latihan kayuhan penting dalam sukan permotoran

-

melalui minggu yang baik dengan memberikan sokongan terhadap rakan senegara yang berlumba pada perlumbaan berbasikal jelajah Le Tour de Langkawi (LTdL).

Saya berpeluang melihat mereka berlumba pada peringkat terakhir dari Rembau ke Dataran Merdeka dan hebat untuk melihat begitu banyak pasukan negara beraksi dengan bagus.

Forca Amskins Racing adalah pasukan kegemaran saya kerana saya sering menjalani latihan berbasikal bersama pelumba mereka, malah sebelum LTdL lagi.

Saya biasanya mengayuh bersama Anuar Manan, Nik Mohd Azwan Zulkifle, Sofian Nabil Omar Mohd Bakri dan beberapa lagi pelumba.

Saya banyak melakukan latihan kayuhan untuk kekal cergas kerana ia amat penting dalam sukan permotoran.

Saya menggemari Forca kerana mereka pasukan baru jadi tiada siapa pun menjangkak­an mereka pasukan yang berbahaya tetapi mereka benar-benar berlumba dengan baik apabila memenangi jersi polka dot (Raja Bukit) menerusi Alvaro Duarte di LTdL.

Saya juga mahu mengucapka­n tahniah kepada Terengganu Cycling Team (TSG) kerana mencipta sejarah dengan memenangi jersi kuning (Artem Ovechkin) dan Team Sapura Cycling kerana memenangi anugerah kategori pelumba terbaik tempatan menerusi Zawawi Azman.

Ia mencetus inspirasi dan saya amat gembira dengan kejayaan mereka. Saya mengharapk­an semua pasukan dan pelumba dari Malaysia yang terbaik bagi perlumbaan selepas ini.

Untuk diri saya, saya berharap untuk mengekalka­n kecergasan saya menjelang perlumbaan MotoGP seterusnya di Argentina dari 6 hingga 8 April depan.

Sasarannya adalah untuk mendapatka­n catatan sepusingan paling pantas dan mencabar pelumba lebih berpengala­man.

Saya akan pergi ke Argentina tanpa isteri (Noor Suzana Abdul Manaf) kali ini kerana ia perjalanan yang agak panjang.

Saya akan melakukan yang terbaik untuk membanggak­an Malaysia dan berharap semua orang akan terus menyokong saya.

Jumpa lagi!

 ??  ?? NIK Mohd Azwan (tengah) antara rakan kayuhan Hafizh.
NIK Mohd Azwan (tengah) antara rakan kayuhan Hafizh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia