Harian Metro

GAMITAN TIMUR SABAH

Langkah kerajaan dan ESSCOM jamin keselamata­n pelancong makan angin

- Poliana Ronnie Sidom poliana@nstp.com.my

“Lebih meyakinkan pelancong apabila pasukan keselamata­n mengiringi perjalanan mereka ke pulau seperti dilakukan baru-baru ini

Johnny

Kehadiran pelancong yang semakin meningkat di timur Sabah jelas memperliha­tkan usaha dan langkah berkesan yang digerakkan kerajaan dan Pihak Berkuasa Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM).

Ia hakikat sebenar diakui mereka yang berkecimpu­ng dalam industri pelanconga­n di kawasan berkenaan.

Pengusaha pelancong yang juga Presiden Persatuan Pelanconga­n Sandakan (STAN), Johnny Lim berkata, jumlah tempahan bilik bagi operator pelancong berdaftar dengan persatuan itu meningkat tahun lalu kepada 31 peratus berbanding 29 peratus pada tahun 2016.

Katanya, tahap keselamata­n kukuh, selain kehadiran berterusan pasukan keselamata­n mengawal perairan dan pulau antara faktor meningkatk­an keyakinan pelancong.

“Selain pelbagai langkah dilaksanak­an kerajaan khususnya ESSCOM, persatuan dan operator pelanconga­n bekerjasam­a membuat promosi bagi meyakinkan pelancong mengenai tahap keselamata­n di sini.

“Lebih meyakinkan pelancong apabila pasukan keselamata­n mengiringi perjalanan mereka ke pulau seperti dilakukan baru-baru ini membabitka­n sekumpulan pelancong dari China ke Pulau Selingan, sekali gus memberi gambaran positif terhadap terhadap kawalan keselamata­n kita,” katanya.

Sementara itu, pengusaha pelancong di Semporna, Kerinu Jalani, berkata, kehadiran pelancong ke daerah itu bertambah dengan purata 1,000 pelancong sehari.

Dia yang juga Pengerusi Persatuan Syarikat Pelanconga­n Tempatan Semporna berkata, peningkata­n itu direkodkan selepas perintah berkurung dilaksanak­an ESSCOM dengan tempahan bilik penuh pada musim tertentu menyebabka­n pengunjung perlu membuat tempahan sebulan lebih awal.

“Paling ketara apabila bot kampung semakin laris. Ini terbukti apabila daripada cuma 30 bot pada tahun lalu kepada 80 bot bulan lalu susulan jumlah pelancong yang semakin bertambah.

“Kehadiran pelancong yang bertambah menyebabka­n pusat penginapan tidak dapat menampung jumlah mereka,” katanya.

Kerinu berkata, selain pengunjung dari Eropah, sebahagian besar pelancong

datang ke daerah itu dari China seraya membuktika­n usaha kerajaan mengukuhka­n keselamata­n di perairan berupaya mengembali­kan keyakinan pelancong.

“Kami harap kehadiran pelancong ke Sabah, khususnya pantai timur

terus bertambah manakala langkah kerajaan menguatkua­sakan perintah berkurung diteruskan,” katanya.

Perintah berkurung di perairan ESSZONE yang dikuatkuas­akan sejak Julai 2014 membabitka­n perairan di tujuh daerah iaitu Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatang­an, Sandakan dan Beluran.

“Paling ketara apabila bot kampung semakin laris. Ini terbukti apabila daripada cuma 30 bot pada tahun lalu kepada 80 bot bulan lalu

Kerinu

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? ANGGOTA keselamata­n melakukan kawalan di sekitar tempat peranginan di Pulau Mabul.
ANGGOTA keselamata­n melakukan kawalan di sekitar tempat peranginan di Pulau Mabul.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia