Harian Metro

Cinta tanpa suara di WhatsApp

-

“Kami bercinta di WhatsApp,” itu jawapan ringkas pasangan pengantin orang kurang upaya (OKU), Wan Firdaus Norahim, 37, dan pasanganny­a, Nurul Hidayah Ahmad, 30.

Nurul Hidayah bisu manakala Wan Firdaus mengalami masalah saraf pada bahagian badan termasuk mulut.

Meskipun kedua-duanya terbatas dalam pertuturan, ia tidak menghalang pasangan istimewa itu kerap berkomunik­asi sehingga ke jenjang pelamin.

Majlis meraikan pasangan pengantin istimewa itu disambut meriah di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Titian Harapan, Bota di sini, semalam.

Wan Firdaus ketika ditemubual secara bertulis di kertas berkata, mereka berkenalan selama sembilan bulan melalui kumpulan WhatsApp Sahabat OKU sebelum membuat keputusan berkahwin.

“Kali pertama saya berjumpa dia (Nurul Hidayah) pada program sukan anjuran PPDK Bota tahun lalu dan selepas itu kami berhubung guna WhatsApp.

“Saya terpikat kerana dia baik, jujur dan ikhlas,” katanya.

Wan Firdaus yang juga petani dan berasal dari Kampung Guar Manong, Kuala Kangsar berkata, mereka ada cara tersendiri berkomunik­asi ketika bertemu.

Nurul Hidayah pula yang juga pelatih di PPDK berkenaan berkata, dia menyenangi sifat suaminya itu yang baik dan rajin.

Sementara itu, Pengerusi PPDK Titian Harapan Bota Sayed Abdul Rahman Syed Nengah berkata, ia program meraikan pasangan OKU pertama di Perak Tengah.

“Kenduri di rumah pengantin perempuan dilangsung­kan 18 Mac lalu. Namun hari ini (semalam) warga PPDK meraikan pasangan istimewa pertama yang dilangsung­kan di daerah ini,” katanya.

 ??  ?? WAN Firdaus dan Nurul Hidayah memotong kek pada majlis perkahwina­n mereka.
WAN Firdaus dan Nurul Hidayah memotong kek pada majlis perkahwina­n mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia