Harian Metro

Berjaya walaupun gagal SRP

-

Kuala Lumpur: Gagal dalam semua subjek ketika menduduki peperiksaa­n Sijil Rendah Pelajaran (SRP) tidak pernah mematahkan semangat Datuk Ngei Chee Chau, 46, untuk bergelar ahli perniagaan berjaya sama seperti ikon teknologi, Bill Gates.

Malah, pemilik syarikat jubin itu terus memberi inspirasi dalam memperinga­tkan masyarakat supaya bekerja bersungguh-sungguh untuk mencapai misi dan visi dalam hidup.

“Pencapaian akademik saya tak tinggi atau cemerlang namun saya kerap ingatkan diri bahawa pendidikan dan kemahiran dua perkara sangat penting pada masa sekarang.

“Berikutan itu, saya anjurkan

kursus percuma kepada individu berminat menjadi tukang jubin. Pekerjaan itu tidak popular tapi kemahiran mereka amat diperlukan dalam industri pembinaan khasnya membabitka­n hiasan dalaman menggunaka­n jubin,” katanya.

Menurutnya, individu berminat menjadi tukang jubin menjalani latihan selama enam bulan di Akademi Jubin Feruni miliknya di Petaling Jaya.

Ngei berkata, di akademi itu pelatih bukan sekadar mendapat kemahiran tetapi digalakkan berfikiran jauh dengan menyumbang idea serta memberikan pembaharua­n dalam industri jubin.

“Silibus disediakan berkelas dunia saya mahu melahirkan

tukang jubin berkemahir­an tinggi dan pada masa sama ada pengetahua­n.

“Sejak beroperasi setahun lalu, 40 pelatih lelaki dan wanita khasnya daripada keluarga kurang berkemampu­an menjalani latihan di akademi. Ada dua sesi pengambila­n setahun iaitu Mac dan September,” katanya.

Paling membanggak­an Ngei turut menerima pengiktira­fan daripada

(MBOR) kerana membuka akademi jubin pertama di negara ini tahun lalu.

Baginya, penubuhan akademi itu antara tanggungja­wab sosial korporat (CSR) kepada orang ramai menerusi syarikat Feruni Ceramiche Sdn Bhd.

 ??  ?? NGEI (empat dari kiri) menerima pengiktira­fan akademi jubin pertama daripada MBOR bersama pelajar yang tamat pengajian di Akademi Jubin Feruni.
NGEI (empat dari kiri) menerima pengiktira­fan akademi jubin pertama daripada MBOR bersama pelajar yang tamat pengajian di Akademi Jubin Feruni.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia