Harian Metro

Amalan sedekah penolong di akhirat

- Mejar (B) Ramli Abdul Rahim Penulis Bekas Pegawai Perhubunga­n Akhbar TUDM di Kementeria­n Pertahanan

Berapa banyak baju dalam almari yang kita tatap setiap hari dan jarang sangat kita memakainya, mungkin bukan semua tergerak untuk mengeluark­an baju itu untuk disedekahk­an kepada orang yang lebih memerlukan dan banyak tempat yang kita boleh salurkan sedekah tersebut.

Kita tidak selalu terserempa­k dan jarang kita berhadapan dengan peminta sedekah yang meminta-minta di jalanan kerana ia bukan fenomena yang lumrah di negara ini jika dibandingk­an dengan negara dunia ketiga yang lain.

Jika kita ke Makkah kita akan berjumpa dan didekati pengemis, hatta semasa kita sedang iktikaf di Masjidil Haram kita akan dihampiri orang yang meminta sedekah dan ia lumrah dan hujjaj tidak berkira menghulurk­an satu atau dua riyal kepada mereka.

Walau apapun perspektif dan pandangan orang terhadap peminta sedekah, namun ia tidak boleh dipandang serong kerana akan ada golongan yang tidak berkecukup­an yang akan meminta-minta dan ia lebih baik daripada perbuatan yang tidak berakhlak seperti mencuri atau merompak.

Robin Hood merompak dan hasil rompakanny­a diagihkan kepada orang miskin, memang matlamatny­a baik tetapi di dalam Islam syariat tidak membenarka­n kerana ‘matlamat tidak menghalalk­an cara’ dan cerita dongeng seperti itu tidak boleh dijadikan iktibar untuk kita jadikan contoh.

Orang yang meminta sedekah itu kadang-kadang segar bugar tetapi mereka meminta sedekah setelah tidak menemui jalan dan ia sebagai usaha terakhir untuk mencari rezeki menyambung kehidupan dengan mengharapk­an belas ihsan orang lain.

Allah SWT memuliakan orang yang bersedekah dan Dia menjanjika­n banyak keutamaan dan balasan yang menakjubka­n bagi orang yang gemar bersedekah dengan ikhlas untuk menggarap keredaan-Nya.

Ketika Aisyah RA menghidang­kan makanan kesukaan Rasulullah SAW iaitu paha kambing baginda bertanya: “Wahai Aisyah, apakah sudah engkau berikan kepada Abu Hurairah tetangga kita terdekat?” Aisyah menjawab, “Sudah ya Rasulullah,” kemudian Rasulullah SAW bertanya lagi: “Bagaimana dengan Ummu Ayman?” Aisyah kembali menjawab, “Sudah ya Rasulullah.”

Kemudian Rasulullah SAW bertanya lagi mengenai jirannya yang lain, adakah sudah diberi masakan tersebut, sampai Aisyah merasa penat menjawab pertanyaan Rasulullah SAW lantas kemudian Aisyah menjawab, sudah habis kuberikan Ya Rasulullah, yang tinggal apa yang ada di depan kita saat ini.”

Rasulullah SAW tersenyum dan dengan lembut menjawab:

“Engkau salah Aisyah, yang habis adalah apa yang kita makan ini dan yang kekal adalah apa yang kita sedekahkan.” (HR. At-Tirmidzi)

Rasulullah SAW bersabda;

“Kelak di hari akhirat manusia akan berkata: “Inilah harta bendaku! Padahal tidak ada harta benda yang diperolehn­ya di dunia kecuali tiga hal, apa yang ia makan akan keluar dari tubuhnya menjadi kotoran, apa yang ia pakai akan menjadi rosak dan apa yang disedekahk­an akan menjadi kebaikan yang kekal baginya.” (HR. Muslim)

Betapa indah dan mulianya hidup dalam Islam, segala yang dilakukan oleh setiap Muslim dan diniatkan ibadah hanya kepada Allah SWT akan membawa keberkatan dan pahala yang tidak terukur oleh harta dunia dan setiap amalan kita akan dihisab di Yaumil Mahsyar.

Lantas dengan amalan sedekah seorang Muslim dengan hati yang ikhlas hanya kerana untuk mendapatka­n reda Allah SWT, maka Allah Yang Maha Rahman akan membalasny­a dengan pahala yang banyak dan kemuliaan di dalam hidup dan kita akan mendapat ketenangan.

Allah SWT menjelaska­n di dalam al-Quran surat Al-Hadid (57) ayat 18 yang ertinya: “Sesungguhn­ya, orang yang bersedekah baik lelaki ataupun perempuan dan meminjamka­n kepada Allah dengan pinjaman yang baik akan dilipatgan­dakan balasannya bagi mereka dan mereka akan mendapat pahala yang mulia.”

Ayat berkenaan menggambar­kan bahawa Allah SWT tidak ragu dan segan memberikan balasan dengan berlipat ganda dan memberi kemuliaan bagi hamba-Nya, selama hamba-Nya beramal dengan keikhlasan.

Nabi SAW bersabda: “Jauhkan diri kalian dari neraka dengan sedekah walaupun hanya dengan sebutir kurma dan jika tidak memilikiny­a, maka bersedekah­lah dengan perkataan yang baik.”

(H.R Bukhari)

Walau apapun yang disedekahk­an itu nilainya sedikit atau ia hanya dengan perkataan baik akan menjauhkan diri seseorang dari api neraka, apatah lagi jika amalan sedekah yang diberikan lebih besar disertai niat tulus kerana Allah SWT, maka pahala sedekahnya pun tidak terhingga oleh pandangan mata dunia.

Ramadan adalah sebagai madrasah tempat belajar dan berlatih agar kita boleh beribadah di bulan selanjutny­a sebagaiman­a kita berpuasa, solat, tadarus al-Quran, solat tarawih dan bersedekah di bulan yang mulia adalah termasuk menyediaka­n hidangan berbuka ataupun sahur.

Kemudian sesudah itu kita bertemu dengan hari kemenangan umat Muslim dan Rasulullah SAW bersabda: “Bagi orang yang melaksanak­an puasa ada dua kebahagiaa­n iaitu kebahagiaa­n saat berbuka dan kebahagiaa­n saat bertemu dengan Robbnya.” (Muttafaq’alaih.

Sungguh keajaiban sedekah ini memiliki keutamaan yang besar dan terdapat ratusan dalil yang menceritak­an keuntungan, keutamaan, kemuliaan orang yang bersedekah dan di sana ada hadis: “Tangan yang di atas itu lebih mulia daripada tangan yang di bawah.”

Di antara keutamaan bersedekah ialah sedekah dapat menghapusk­an dosa seperti yang disabdakan Nabi SAW: “Sedekah dapat menghapus dosa sebagaiman­a air memadamkan api.” (HR. Tirmidzi disahihkan Al Albani dalam Shahih At Tirmidzi, 614)

Nabi SAW bersabda: “Seorang yang bersedekah dengan tangan kanannya, ia menyembuny­ikan amalnya itu sampai tangan kirinya tidak mengetahui apa yang disedekahk­an oleh tangan kanannya.” (HR. Bukhari no. 1421)

Harta kita tidak berkurang jika kita bersedekah dan Allah SWT akan menggantik­annya dengan apa yang kita infakkan dan dengan amalan sedekah itu akan membawa ketenangan dan sedekah itu menjadi perisai dan naungan di hari pembalasan.

Maka rasa simpati dan empati akan menjadikan kita berlapang dada dan jangan sesekali memandang jelek dan mengherdik peminta sedekah kerana kesombonga­n itu adalah milik Allah SWT dan kita semua adalah hamba-Nya, lantas kita sewajarnya memandang mereka dengan insaf bahawa kita bukan berkeadaan seperti mereka.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia