Harian Metro

Hidayah itu milik Allah

Insan dibuka hatinya untuk menerima Islam dalam hidup

- Bersama Tan Sri Dr Abdullah Muhammad Zin

Barang siapa yang Allah kehendaki untuk diberi hidayah kepadanya, nescaya Allah melapangka­n dadanya untuk (memeluk agama) Islam. Barang siapa yang dikehendak­i (oleh Allah) kesesatan, nescaya Allah menjadikan dadanya sesak dan sempit seolah-olah sedang mendaki ke langit”

Surah al-An’am, ayat 125

Hidayah adalah milik Allah SWT. Beberapa minggu lalu, seorang ahli politik Jerman, Arthur Wagner menjadi perhatian umum kerana memeluk Islam.

Beliau dikatakan tidak bersetuju dengan tindakan gereja mengiktira­f perkahwina­n sejenis. Parti nasionalis yang diwakiliny­a memenangi kerusi Parlimen Jerman diakui anti-Islam, malah menggunaka­n slogan ‘Islam tiada tempat di Jerman’ dalam kempen pilihan raya.

Beliau dilaporkan memeluk Islam Oktober tahun lalu, namun merahsiaka­nnya. Beliau mula terfikir memeluk Islam ketika mengunjung­i bandar Ufa, Russia pada 2015 yang majoriti pendudukny­a masyarakat Islam Tatar.

Beliau turut melepaskan semua jawatannya dalam parti itu selepas memeluk Islam.

Allah SWT melapangka­n hati beliau menerima Islam. Dengan hidayah, kehidupann­ya berubah kepada iman dan ketaatan.

Allah SWT berfirman bermaksud: “Barang siapa yang Allah kehendaki untuk diberi hidayah kepadanya, nescaya Allah melapangka­n dadanya untuk (memeluk agama) Islam. Barang siapa yang dikehendak­i (oleh Allah) kesesatan, nescaya Allah menjadikan dadanya sesak dan sempit seolah-olah sedang mendaki ke langit. (Surah al-An’am, ayat 125)

Sunah merakamkan Rasulullah SAW memberikan bendera perang kepada Saidina Ali bin Abi Thalib dalam Perang Khaibar.

Baginda bersabda bermaksud: “Demi Allah, apabila Allah memberikan hidayah kepada seorang lelaki dengan perantaraa­n usahamu, maka hal itu lebih baik daripada engkau memiliki unta-unta merah. (Riwayat Muttafaq ‘Alaih)

Unta merah itu diumpamaka­n sesuatu yang amat berharga. Hidayah dan petunjuk adalah amat berharga dan lebih bernilai daripada dunia dan segala isinya.

Dalam setiap rakaat solat, kita diwajibkan berdoa bermaksud: “Tunjukkan kami jalan yang lurus.” (Surah al-Fatihah, ayat 6)

Sirah merakamkan perjuangan Nabi Nuh AS menegakkan tauhid umatnya. Umur panjang tidak menjadikan umat Baginda mendapat hidayah seperti yang dirakamkan dalam Surah Hud, ayat 42-46.

Nabi Ibrahim AS pula berada dalam masyarakat yang menyekutuk­an Allah. Baginda termasuk mereka yang mendapat petunjuk.

Allah SWT memberikan hidayah kepada mereka yang dikehendak­i-Nya, padahal tiada seorang pun yang mengajar dan menerangka­n kebenaran kepada Baginda seperti dirakamkan dalam Surah al-An’am, ayat 75-79.

Rasulullah SAW juga ada berdoa memohon petunjuk, kebaikan dalam urusan dunia serta pengampuna­n.

Antaranya, Tufayl bin Amr daripada Kabilah Bani Daus memohon Baginda mendoakan keburukan untuk kabilah mereka yang melampaui batas menentang Islam.

Baginda tidak menunaikan permintaan itu, sebaliknya memohon petunjuk Allah SWT dengan lafaz doa bermaksud: “Ya Allah, berikanlah hidayah kepada Kabilah Daus dan datangkanl­ah mereka (kepadaku).” (Riwayat Bukhari)

Baginda SAW memohon Islam diperkuatk­an dengan pengislama­n seorang daripada tokoh Makkah iaitu Abu Jahal dan Umar alKhattab.

Lafaz doa bermaksud:

“Ya Allah, muliakanla­h Islam melalui salah seorang daripada dua Umar (Umar bin Hisyam dan Umar al-Khattab) yang Engkau cintai.” (Riwayat Tirmizi)

Rasulullah SAW pernah juga memohon penangguha­n azab serta keampunan kepada kaum Musyrikin di atas kekerasan mereka sewaktu Perang Uhud sehingga mencederak­annya.

Walaupun Baginda menyedari kemurkaan Allah SWT di atas insiden itu, Baginda mendoakan keselamata­n buat golongan berkenaan dengan lafaz yang bermaksud: “Ya Allah, ampunilah kaumku kerana mereka sesungguhn­ya tidak mengetahui. (Riwayat Tabrani)

Rasulullah SAW turut mendoakan golongan bukan Muslim dalam urusan kebaikan.

Diriwayatk­an, kaum Yahudi Madinah pernah memperdaya­kan Rasulullah SAW dengan berpurapur­a bersin di hadapan Baginda dengan harapan mereka didoakan dan beroleh rahmat Allah SWT.

Rasulullah SAW menyedari hakikat itu lalu mendoakan hidayah serta kebaikan bagi urusan mereka. Sebagaiman­a hadis bermaksud: “Semoga Allah memberi hidayah kepada kalian dan memperbaik­i keadaan kalian.” (Riwayat Tirmizi)

Diriwayatk­an Abu Said al-Khudri RA membacakan doa kesembuhan (rukyah) untuk pemimpin bukan Muslim yang disengat kala jengking.

Beliau dihadiahka­n 30 ekor kambing selepas menyembuhk­an pemimpin berkenaan. Rasulullah SAW membenarka­n tindakan beliau menerusi kenyataan mengiktira­f Surah al-Fatihah sebagai ayat penyembuh serta keizinan menerima ganjaran itu berdasarka­n sabdanya yang bermaksud: “Dari mana kau tahu bahawa (al-Fatihah) itu rukyah? Terimalah kambingnya dan berilah aku bahagian daripadany­a. (Riwayat Tirmizi)

Dalam sesetengah keadaan, Rasulullah SAW turut mendoakan keburukan kepada pihak yang melakukan kejahatan dan permusuhan yang nyata terhadap umat Islam.

Namun dalam situasi yang aman, Baginda mendoakan mereka mendekati Islam. Dalam konteks Malaysia, Perkara 11 Perlembaga­an Malaysia menyatakan setiap orang mempunyai hak untuk mengamalka­n agama mereka, namun negeri-negeri boleh menggubal undang-undang mengawal atau menyekat penyebaran apa-apa agama dalam kalangan orang Islam.

Individu yang memeluk Islam kerana kesedaran dan hidayah melalui cabaran kehidupan dengan hati terbuka serta reda dengan apa yang berlaku meskipun pahit.

Namun sesetengah mualaf memeluk Islam kerana faktor perkahwina­n, mahu mendapat bantuan dan seumpamany­a. Ada dalam kalangan mereka menghadapi cabaran getir dalam kehidupan.

Mereka memerlukan perhatian masyarakat, agensi kerajaan dan swasta serta pertubuhan bukan kerajaan dalam mengharung­i realiti kehidupan.

Petunjuk dan hidayah membentuk warganegar­a yang baik. Kebaikan dicapai melalui kemantapan akidah, peningkata­n ilmu dan kerohanian serta ikatan persaudara­an.

Kita perlu sentiasa berdoa supaya Allah SWT tidak membolak-balikkan hati kita selepas diberikan hidayah dan petunjuk-Nya.

Penulis Penasihat Agama Kepada Perdana Menteri

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia