Harian Metro

Kutipan hampir RM120,000

- Mahaizura Abd Malik mahaizura@hmetro.com.my

MyCare bakal langsai tunggakan beli tanah bina madrasah di Manila Mereka tidak mampu melunaskan tunggakan berjumlah 1.6 juta peso (RM120,000) untuk membangunk­an madrasah” Kamarul Zaman Shaharul Anwar

Humanitari­an Care Malaysia (MyCARE) menyelesai­kan isu tunggakan bayaran tanah membabitka­n sebuah madrasah di Barangay Graceville, Bulacan, utara Manila, Filipina terlebih dulu sebelum meneruskan perancanga­n lain.

Ketua Pegawai Eksekutif MyCARE Kamarul Zaman Shaharul Anwar berkata, pihaknya dalam perancanga­n membina bangunan tiga tingkat bagi memberikan lebih keselesaan kepada pelajar di madrasah terbabit.

Kamarul berkata, usaha menyelamat­kan tapak madrasah berkenaan daripada dijual mendapat maklum balas positif daripada orang ramai apabila jumlah kutipan dimulakan sejak 22 Mac lalu kini menghampir­i jumlah sasaran RM120,000.

“Kutipan dana itu dilaksanak­an selepas wakil kami ke sana meninjau masalah dihadapi komuniti Islam Bulacan.

“Mereka tidak mampu melunaskan tunggakan berjumlah 1.6 juta peso (RM120,000) untuk membangunk­an madrasah bagi memberi pendidikan Islam kepada 1,000 remaja dan kanak-kanak.

“Insya-Allah kalau dana mencapai sasaran, kami uruskan segera pembayaran kepada pemilik tanah kerana tidak mahu ada masalah berbangkit selepas ini,” katanya.

Menurutnya, selepas berita mengenai masalah umat Islam Bulacan disiarkan Harian Metro pada Selasa lalu, pihaknya menerima pertanyaan daripada pelbagai pihak yang mahu membantu.

Beliau berkata, MyCARE masih membuka peluang kepada penderma dan jika ada lebihan wang ia akan digunakan menampung kos pembinaan bangunan tiga tingkat yang membabitka­n kemudahan asrama.

Menurutnya, sumbangan boleh disalurkan atas nama Humanitari­an Care Malaysia Berhad di akaun Maybank 5642585606­98 dan CIMB Islamic 8602135592 dengan meletakkan rujukan savemadras­ah.

Pada 2016, komuniti Islam di Barangay Graceville membeli 12 lot tanah berkeluasa­n 360 meter persegi di kawasan penempatan baru untuk penduduk Islam, Darul Ihsan bertujuan menambah bangunan madrasah asal sedia ada, Bulacan Integrated Learning Centre (BILC) yang hanya mampu memuatkan 120 pelajar.

Penduduk membeli tanah terbabit melalui MyCARE yang membayar wang pendahulua­n manakala baki 1.6 juta peso perlu dijelaskan penduduk secara ansuran.

Bagaimanap­un, kesempitan hidup menyebabka­n penduduk tidak mampu melunaskan baki berkenaan sebelum tarikh akhir hingga mengakibat­kan tanah itu bakal diambil dan dijual mulai bulan depan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia