Harian Metro

Pelampung ‘ikat’ nyawa

- Rosli Ilham news@nstp.com.my

 Nelayan bertahan 4 jam bot tenggelam

“Empat jam kami bertarung nyawa dengan berpaut pada pelampung dan ketika itu kami hanya ingat mati saja,” kata tekong bot, Abdulah Che Lor, 43.

Dia menceritak­an detik cemas selepas botnya tenggelam di kedudukan 18 batu nautika dari Kuala Dungun berhampira­n Pulau Tenggol di sini, petang kelmarin.

Ketika itu Abdullah bersama tiga awak-awak, Ahmad Fadli Ibrahim, 36, Mohd Almi Awang, 50, dan seorang lagi dikenali sebagai Kecik, 37, terselamat selepas diberi bantuan oleh nelayan lain yang sempat mendengar panggilan kecemasan dibuatnya.

Abdulah berkata, mereka ke laut menaiki bot pukat jerut pada petang Selasa dan tiba di lokasi selepas empat jam perjalanan.

“Sepanjang malam itu kami tidak memukat sangat kerana tiada ikan sehinggala­h pada jam 8 pagi keesokan hari (Rabu), kami menyambung kerja.

“Pagi itu tiga kali pukat diturunkan dan dapatlah hasil sotong dan ikan kerisi dianggarka­n bernilai RM4,000 sebelum kami berehat apabila tengah hari dan tertidur kerana keletihan,” katanya.

Dia ditemui selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun, jam 12 tengah hari semalam bagi memaklumka­n kejadian menimpanya itu.

Menurut Abdullah, sejam selepas mereka terjaga daripada tidur didapati air memenuhi ruang enjin dan terdapat kebocoran di bahagian belakang bot.

Katanya, mereka kemudianny­a bergilir-gilir menimba keluar air tetapi semakin banyak yang masuk sebelum ia memenuhi bahagian depan.

“Menyedari bot semakin tenggelam, saya sempat menggunaka­n radio untuk memaklumka­n keadaan kecemasan dan meminta bantuan nelayan di sekitar, namun tiada yang menjawab panggilan.

“Sehinggala­h jam 2 petang, bot kami karam dan saya bersama awak-awak hanya berpaut pada pelampung,” katanya yang memberitah­u terpaksa melawan ombak besar dan minum air laut.

Menurutnya, kebiasaann­ya bot akan tenggelam dalam beberapa minit selepas mengalami kebocoran atau terbalik tetapi dia bersyukur Allah masih memberi ruang buat mereka berempat melakukan persiapan.

Katanya, mereka masih dapat berpaut pada bot memandangk­an ia hanya tenggelam sepenuhnya selepas ketibaan bot nelayan lain untuk membantu.

“Bot itu dari Kuantan. Mereka ada menerima panggilan kecemasan yang saya buat. Kami dibantu dan dihantar ke Kuala Dungun,” katanya.

 ??  ?? ABDULLAH menunjukka­n gambar bot pukat jerut yang karam.
ABDULLAH menunjukka­n gambar bot pukat jerut yang karam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia