Harian Metro

Dekati Islam

- Najiy Jefri najiy.jefri@hmetro.com.my

 Fadlan teruja kekasih bakal bergelar saudara baru

Pelakon Fadlan Hazim, 26, mendedahka­n teman wanitanya yang berbangsa Cina, Julie Anne Kang bakal bergelar saudara baru dalam masa terdekat.

Fadlan bagaimanap­un belum dapat berkongsi tarikh rasmi terbabit, tetapi kekasihnya yang juga pereka kasut itu giat mendalami Islam.

“Insya-Allah dia bakal bergelar saudara baru tidak lama lagi. Buat masa sekarang dia seronok mendalami ilmu agama. Saya pun sebenarnya tidak mahu dia bertukar agama disebabkan hanya kerana kami mahu berkahwin. Biarlah hatinya terbuka untuk menerimany­a seikhlas hati.

“Sekarang, saya turut menemaniny­a untuk mengikuti kelas bagi mempelajar­i lebih banyak mengenai Islam. Saya juga sedar bahawa diri ini banyak kelemahan. Namun mana yang saya boleh bantu, saya akan bantu,” katanya.

Menurut Fadlan, dia yang mengenali wanita terbabit sejak zaman persekolah­an mengakui beruntung kerana hubungan mereka mendapat restu keluarga kedua-dua pihak.

“Dalam keluarga kami pun memang ada yang berkahwin campur. Jadi, perkara itu tidak menjadi masalah. Cuma, mungkin ada individu yang cuba mempertika­ikan hubungan kami kerana perbezaan bangsa. Pada saya perkara itu tidak perlu timbul kerana kita semua adalah bangsa Malaysia.

“Mereka yang pertikaika­n bangsa bagi saya bukan rakyat Malaysia sejati. Lagipun, kita hidup berbilang kaum,” katanya yang merancang untuk mengakhiri zaman bujang tahun depan.

 ??  ??
 ?? Fadlan Hazim ?? Saya juga sedar bahawa diri ini banyak kelemahan”
Fadlan Hazim Saya juga sedar bahawa diri ini banyak kelemahan”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia