Harian Metro

Awal Ashaari nyaris terkorban

-

Kuala Lumpur: Pengacara popular Awal Ashaari sebak ketika berkongsi semula kemalangan dilalui tiga tahun lalu yang hampir meragut nyawanya.

Awal, 36, berkata ini kali pertama dia buka semula kisah itu kerana sudah nekad untuk tidak ingat dan imbas kembali apa yang pernah terjadi.

“Hari ini genap tiga tahun insiden kemalangan yang hampir meragut nyawa. Saya berkongsi perkara ini bukan sebab dilantik menjadi duta Etiqa Maybank, tetapi ingin kongsi saya pernah melalui fasa teruk.

“Selepas kemalangan, saya ambil keputusan untuk tidak bercerita lagi. Saya jenis cepat tersentuh, jadi tidak mahu perkara ini mengganggu emosi.

“Jadi, hari ini saya kuatkan diri untuk bercerita. Namun saya tewas juga apatah lagi mengingatk­an orang tersayang seperti ibu bapa, isteri, anak dan keluarga,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Awal, perkongsia­n itu juga bagi memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai kepentinga­n insurans nyawa dan kesihatan baik untuk diri sendiri mahu pun ahli keluarga lain.

Awal berkata ketika kemalangan dia tidak mempunyai sebarang insurans perlindung­an dan terpaksa menanggung kos perubatan mencecah ratusan ribu ringgit sepanjang tempoh setahun enam bulan menjalani rawatan.

“Bayangkan kalau saya meninggal dunia ketika itu, kasihan kepada isteri dan anak kerana mereka tidak dapat sebarang pampasan.

“Disebabkan itu, selepas kejadian saya perlu ubah persepsi. Dalam masa sama, saya bersyukur Allah panjangkan umur dan beri peluang kedua,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia