Harian Metro

Tenaga kerja masa depan

- Rohaniza Idris, Arfa Yunus, Mahanum Abdul Aziz dan Alzahrin Alias cnews@nstp.com.my

Program Bakat Global Malaysia (MGT) yang dilancarka­n semalam, berupaya menyediaka­n 5,500 pemimpin global dalam sektor pekerjaan negara menjelang tahun 2022.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, Program kerjasama Talent Corporatio­n Malaysia (TalentCorp) dengan InvestKL itu disokong Kementeria­n Pendidikan Tinggi itu antara lain sebagai persediaan negara mengukuhka­n tenaga kerja dalam menghadapi cabaran industri untuk mendapatka­n tenaga kerja berkemahir­an tinggi pada masa depan.

“Fasa pertama MGT menyaksika­n kerjasama 12 syarikat multinasio­nal global dengan 10 universiti awam untuk memilih dan membimbing bakat Malaysia yang berpotensi tinggi untuk menjadi pemimpin industri di masa depan,” katanya merasmikan program MGT itu sempena Program Tahunan Peringkat Menteri InvestKL di sini, semalam.

Turut hadir, Menteri Perdaganga­n Industri dan Antarabang­sa (MITI) Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri MITI Kedua Datuk Seri Ong Ka Chuan dan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh.

Najib berkata, pada masa depan program

 Program Bakat Global Malaysia bakal lahir 5,500 pemimpin industri menjelang 2022

MGT itu akan diperluask­an lagi kepada lebih banyak syarikat multinasio­nal antarabang­sa dan penyertaan universiti tempatan.

Beliau berkata, MGT secara tidak langsung disasarkan untuk mencipta lebih banyak peluang kepada generasi muda Malaysia yang berbakat berhadapan Kemahiran dan Amalan Terbaik Global.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia