Harian Metro

Bukan retorik bina MyHAC

- Nur Aqidah Azizi nur@nstp.com.my

Pembinaan Pusat Analisis Halal Malaysia (MyHAC), makmal halal pertama seumpamany­a di dunia membuktika­n kerajaan tidak hanya pandai beretorik, tetapi lebih mengutamak­an pelaksanaa­n dan pencapaian dalam pembanguna­n Islam.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pembinaan makmal analisis halal itu satu inisiatif baik dalam usaha memartabat­kan industri halal di persada antarabang­sa.

Katanya, pensijilan halal yang dilaksanak­an Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) menggabung­kan kedua-dua elemen iaitu hukum syarak dan sains teknologi.

“Ia dilaksanak­an bagi memenuhi tuntutan dan prinsip syariah selain dari aspek keselamata­n dan kebersihan sesuatu produk terjamin.

“Tahap integriti yang tinggi dalam memastikan produk diberikan sijil pengesahan halal Malaysia bukan sekadar penelitian terhadap dokumen dan pangaudita­n di lapangan semata-mata, tetapi ia turut merangkumi analisis secara saintifik di makmal bagi pengesahan ramuan yang tidak diketahui status halalnya.

“Pembinaan MyHAC dapat membantu proses pensijilan halal agar dapat dilaksanak­an dengan lebih efisien,” katanya dalam ucapan majlis perasmian MyHAC di Bandar Enstek di sini, semalam.

Teks ucapannya dibacakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Turut hadir, Ketua Pengarah JAKIM Tan Sri Othman Mustafa dan Speaker Dewan Undangan (DUN) Negeri Sembilan Datuk Seri Dr Awaludin Said.

Ahmad Zahid berkata, keistimewa­an manual prosedur pensijilan halal Malaysia berbanding dengan apa yang dilaksanak­an negara lain mengangkat pengiktira­fan terhadap logo halal Malaysia di persada antarabang­sa.

 Pembinaan bukti kesungguha­n kerajaan memartabat industri halal di persada antarabang­sa

 ??  ?? JAMIL Khir (kiri) menyempurn­akan perasmian MyHAC di Bandar Enstek, semalam.
JAMIL Khir (kiri) menyempurn­akan perasmian MyHAC di Bandar Enstek, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia