Harian Metro

Pasangan jutawan terjerat

- Nor Azizah Mokhtar cnews@nstp.com.my

Pasangan jutawan disyaki dalang penipuan pelaburan pertukaran mata wang asing (forex) membabitka­n kerugian mencecah RM1 bilion yang menjadi buruan polis hampir dua bulan akhirnya diberkas di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur 2 (klia2), di sini, Isnin lalu.

Suspek lelaki bergelar Datuk dari negara jiran berusia 56 tahun dan isterinya berusia 55 tahun ditahan dengan bantuan pihak Imigresen klia2 selepas pesawat dinaiki mereka dari Indonesia mendarat di lapangan terbang berkenaan jam 1.30 pagi.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh berkata, pasangan terbabit dikesan meninggalk­an negara ini pada 11 Februari lalu selepas kegiatan mereka terbongkar.

“Siasatan kes ini dianggap selesai dengan penahanan kedua-dua suspek selepas polis menahan tiga rakan subahat mereka sebelum ini termasuk dua individu bergelar Datuk pada 10 Februari lalu.

“Polis turut merampas hartanah milik suami isteri itu bernilai RM10.4 juta terdiri daripada rumah semi-D, rumah lot, kondominiu­m, lot kedai dan dua lot kilang,” katanya dalam sidang media, di sini, semalam.

Amar Singh berkata, pihaknya turut merampas lapan kereta mewah Mercedes-Benz, BMW, Porsche Cayenne dan Audi bernilai RM1.6 juta serta 50 jam tangan pelbagai jenama bernilai RM100,000.

“Jumlah keseluruha­n rampasan dianggarka­n bernilai RM12 juta,” katanya.

Pada 10 Februari lalu, pihak JSJK menahan rakan subahat suspek

 Suami isteri dalang penipuan forex RM1b ditahan di klia2

terdiri daripada tiga lelaki termasuk dua bergelar Datuk dan menganggar­kan 70,000 orang menjadi mangsa sindiket penipuan berkenaan dengan jumlah kerugian mencecah RM1 bilion.

Sindiket berkenaan dipercayai aktif sejak 2013 itu dikesan mempromosi­kan pelaburan forex melalui laman web dengan menawarkan pulangan lumayan sebanyak 12 peratus setiap bulan.

Mereka mengajak pelabur dengan mengadakan seminar di hotel dan menggunaka­n syarikat berdaftar melalui Suruhanjay­a Syarikat Malaysia (SSM).

Sehingga kini, polis menerima 116 laporan daripada mangsa membabitka­n kerugian RM6.1 juta dan sebanyak 95 kertas siasatan sudah dibuka.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA).

 ??  ?? AMAR Singh
AMAR Singh

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia