Harian Metro

Taktik tukar pesakit tipu Perkeso

-

Kuala Lumpur: Seorang pengerusi badan kebajikan menggunaka­n kedudukann­ya untuk melakukan kegiatan penipuan tuntutan pencen ilat Pertubuhan Keselamata­n Sosial (Perkeso) dan insurans ahlinya yang sakit serta cacat membabitka­n kerugian RM2.4 juta.

Bagaimanap­un, kegiatan lelaki berusia 34 tahun yang juga dalang utama bersama sembilan lagi rakan subahatnya terbongkar susulan 24 laporan polis dibuat Perkeso dan empat syarikat insurans tahun lalu selepas siasatan dalaman mereka mengesan kewujudan tuntutan mencurigak­an didalangi sindiket berkenaan sejak 2016.

Sindiket berkenaan dikesan memanipula­si laporan perubatan pihak hospital bagi membolehka­n mereka membuat tuntutan kepada Perkeso dan insurans dengan cara menukar ‘pesakit’ ketika melakukan pemeriksaa­n kesihatan serta imbasan X-ray.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh berkata, individu yang hendak membuat tuntutan berpura-pura sakit terkena strok atau mengalami kecacatan akibat kemalangan ketika membuat pendaftara­n di hospital.

“Namun, ketika menjalani proses ujian kesihatan dan X-ray, individu berpura-pura itu ditukar dengan individu lain yang memang mengalami strok atau kecacatan.

“Selepas proses itu selesai, individu yang sihat mengambil semula tempatnya dan berpura-pura sakit semula ketika bertemu doktor ketika mendapatka­n keputusan laporan perubatan,” katanya.

Beliau berkata, dalang utama menggunaka­n kedudukann­ya sebagai pengerusi badan kebajikan menyebabka­nnya mempunyai hubungan dengan individu yang sakit dan cacat.

Amar Singh berkata, siasatan mendapati sehingga kini sindiket berkenaan membuat tuntutan RM1.2 juta daripada Perkeso dan RM1.2 juta daripada dua syarikat insurans menggunaka­n nama 24 individu serta alamat sebuah syarikat.

“Syarikat berkenaan didaftarka­n sindiket berkenaan atas perniagaan yang tidak wujud bagi membolehka­n ‘pekerjanya’ membuat caruman Perkeso selama 24 bulan terlebih dulu sebelum layak membuat tuntutan.

“Sindiket ini turut dikesan cuba membuat tuntutan lain ke atas dua syarikat insurans lain membabitka­n tuntutan berjumlah RM2.4 juta,” katanya.

Katanya, kejayaan menumpaska­n sindiket berkenaan menyelamat­kan wang tuntutan berjumlah hampir RM30 juta oleh Perkeso kerana pencen ilat membabitka­n pembayaran pencen seumur hidup kepada pemohonnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia