Harian Metro

Engkapan sekolah anak yatim Mesir

-

200 penuntut dari lapan negara yang mengikuti pengajian di Universiti al-Azhar dan mereka kini sedang giat mengumpul dana sebanyak RM50,000 menerusi Kempen Ehna Ma’ak (Kami Bersamamu).

Muhammad Haziq berkata, kempen itu bermula Sabtu lalu dan pihaknya sudah menjalanka­n beberapa program mini antaranya Ziarah Anak Yatim di Darus Sundus bertujuan menyantuni anak yatim kurang upaya dan menyelami kehidupan mereka.

“Pada esok (hari ini) kami menganjurk­an pertanding­an bola jaring dan futsal membabitka­n 30 pasukan. Setiap pasukan bukan saja berpeluang melakukan aktiviti sihat, sebaliknya menderma kerana yuran penyertaan LE100 Egyptian Pound (Genih) (RM22) akan disalurkan ke dana berkenaan.

“Kami juga bekerjasam­a dengan beberapa pihak termasuk syarikat, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan dan beroperasi di Mesir untuk menjayakan program ini,” katanya.

Menurutnya, jumlah kutipan terkumpul akan digunakan untuk membeli kelengkapa­n persekolah­an seperti alat tulis, beg dan buku latihan sebelum diserahkan kepada golongan sasaran pada minggu pertama April, bersempena sambutan Hari Anak-Anak Yatim.

Beliau berkata, sama seperti di Malaysia soal kebajikan golongan kurang bernasib baik itu menarik perhatian pelbagai pihak, namun di Mesir agak istimewa kerana mereka menyambut hari anak yatim pada minggu pertama April setiap tahun.

“Suasana sambutan meriah dengan setiap taman dipenuhi dengan anak yatim, orang ramai memberikan hadiah sebagai simbolik untuk meraikan serta menggembir­akan mereka.

“Pada kemuncak kempen ini kami merancang menyerahka­n kelengkapa­n persekolah­an kepada 1,500 anak yatim dari enam daerah di Zagazig, timur Mesir,” katanya.

 ??  ?? ma April.
ma April.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia