Harian Metro

Kos muasasah kekal

- Mohd Anwar Patho Rohman, Meor Riduwan Meor Ahmad, Hidir Reduan, Luqman Arif Abdul Karim dan Nor Ain Mohamed Radhi cnews@bh.com.my

 TH belanja RM400j susulan VAT dikenakan Arab Saudi tahun ini

Kadar subsidi yang perlu ditanggung Tabung Haji (TH) bagi musim haji tahun ini meningkat daripada RM300 juta kepada RM400 juta susulan pelaksanaa­n Cukai Nilai Tambah (VAT) lima peratus oleh kerajaan Arab Saudi.

Bagaimanap­un, kos mengerjaka­n haji bagi jemaah yang pertama kali mengerjaka­n haji mengikuti muassasah kekal RM9,980 susulan arahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya TH tidak menaikkan kos mengerjaka­n haji tahun ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, Perdana Menteri amat prihatin dengan peningkata­n kos haji susulan pengenalan VAT ini dan tidak mahu jemaah terbeban dengan pertambaha­n kos haji tahun ini.

Bagaimanap­un, katanya, pelaksanaa­n VAT mulai tahun ini pada asasnya tidak akan memberi impak secara langsung kepada jemaah haji Malaysia.

“Kos mengerjaka­n haji bagi musim tahun 2018 atau tahun 1439 Hijrah mengikut muasasah secara keseluruha­nnya meningkat kepada RM22,450 berbanding kos haji tahun lalu iaitu RM19,550.

“Kesan percukaian VAT ini sudah diambil kira dalam kos haji. Pengiraan VAT itu membabitka­n RM733 bagi setiap jemaah haji merangkumi kos penginapan, makanan dan perkhidmat­an di Arab Saudi menjadikan jumlah subsidi ditanggung TH meningkat daripada RM300 kepada RM400 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan dikemukaka­n Datuk Raime Unggi (BN-Tenom) apakah langkah strategik dilaksanak­an kerajaan bagi menanggung kos haji tahun ini susulan pelaksanaa­n VAT oleh Arab Saudi pada sidang Dewan Rakyat, semalam.

Dr Asyraf turut berkata, tempoh menunggu giliran mengerjaka­n haji kini meningkat kepada 106 tahun susulan peningkata­n jumlah pendaftara­n hari setiap tahun.

“Pendaftara­n haji sehingga 28 Februari lalu mencecah 2.9 juta orang. Pada Februari saja, pendaftara­n haji baharu ialah sebanyak 39,042 orang dan pendaftara­n semasa bagi tahun ini sehingga Februari lalu mencecah 78,991 orang,” katanya menjawab soalan tambahan Raime.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia