Harian Metro

Dapat buku

- Syanty Octavia Amry cnews@nstp.com.my

 Dua sekolah terima sumbangan bahan rujukan PT3, SPM

Guru daripada dua sekolah di sini, gembira apabila pelajar mereka mendapat sumbangan set buku peperiksaa­n Pentaksira­n Tingkatan Tiga (PT3) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hasil sumbangan Briged Sukarelawa­n Media Prima-NSTP.

Dua sekolah terbabit ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gedangsa dan SMK Kampong Soeharto.

Berkongsi perasaan itu, pelajar SMK Gedangsa Muhammad Hasmil Ilham, 17, mengakui sebagai pelajar yang tidak berkemampu­an dia gembira dengan sumbangan buku itu.

“Saya datang daripada keluarga kurang berkemampu­an, kadang kala hendak beli buku pun perlu berkira. Apabila mendapat sumbangan seperti ini pasti ia perkara yang menggembir­akan. “Lagipun jika ada peluang beli buku kena pergi ke pekan di Tanjung Malim. Walaupun ada pekan terdekat, tapi tidak semua kelengkapa­n tersedia,” katanya.

Bagi pelajar SMK Kampong Soeharto Subha Arumugan, 17, walaupun mampu membeli buku sendiri sumbangan ini dilihat menggembir­akan teman-temannya yang tidak berkemampu­an.

“Pasti sumbangan ini sangat dinanti-nantikan teman saya. Tidak semua dalam kalangan kami berkemampu­an membeli buku keperluan sekolah,” katanya.

Seramai enam wakil Briged Sukarelawa­n Media Prima-NSTP hadir menyampaik­an sumbangan yang diketuai Ketua Komunikasi Korporat NSTP Wan Abdillah Wan Nawi.

Lebih 100 buku disumbangk­an kepada kedua-dua sekolah berkenaan.

Sementara itu, Penolong Kanan Pentadbira­n SMK Gedangsa Shukri Saleh berkata, sumbangan ini besar maknanya buat pelajar yang kurang berkemampu­an.

“Kebanyakan pelajar di sini bukan daripada keluarga orang senang dan tidak semua mampu membeli buku latihan atau tambahan.

“Pemberian ini sangat bermakna buat sekolah kerana ia menambahka­n lagi sumber rujukan buat pelajar kami,” katanya.

Penolong Kanan Ko-kurikulum SMK Kampong Soeharto Khairuman Hamim berkata, sumbangan ini diharap membantu pelajar yang bakal menduduki PT3 dan SPM tahun ini.

“Semoga buku yang diberikan dimanfaatk­an dengan sebaiknya oleh pelajar.

“Harapan saya ia akan membantu merealisas­ikan impian mereka untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? WAN Abdillah (empat dari kanan, baris hadapan) menyerahka­n buku rujukan kepada wakil guru, Shukri Saleh di Sekolah Menengah Kebangsaan Gedangsa, Kuala Kubu Bharu.
WAN Abdillah (empat dari kanan, baris hadapan) menyerahka­n buku rujukan kepada wakil guru, Shukri Saleh di Sekolah Menengah Kebangsaan Gedangsa, Kuala Kubu Bharu.
 ??  ?? SHAHRUL Azuan (duduk tiga dari kiri) bersama pelajar SK Bandar Seri Putra.
SHAHRUL Azuan (duduk tiga dari kiri) bersama pelajar SK Bandar Seri Putra.
 ??  ?? WAN Abdillah (berdiri lima dari kiri) menyerahka­n buku rujukan peperiksaa­n kepada wakil guru, Rofizah Salam di Sekolah Menengah Kebangsaan Soeharto, Kuala Kubu Bharu.
WAN Abdillah (berdiri lima dari kiri) menyerahka­n buku rujukan peperiksaa­n kepada wakil guru, Rofizah Salam di Sekolah Menengah Kebangsaan Soeharto, Kuala Kubu Bharu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia