Harian Metro

Hilang duti import RM2.27b

-

 Jumlah rampasan rokok haram kini mencecah hampir RM300 juta bagi tempoh empat tahun

Jumlah rampasan rokok seludup terus meningkat membabitka­n nilai keseluruha­n RM294.8 juta bagi tempoh antara 2014 hingga Januari 2018.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Othman Aziz, berkata kegiatan yang berpusat di semua pintu masuk perairan dan darat negara itu menyaksika­n kerugian duti cukai menjangkau RM2.27 bilion.

“Oleh itu, langkah penguatkua­saan akan terus diperkukuh­kan, termasuk menerusi Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dengan Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Tindakan tuntas, iaitu mengawal rantaian pembekalan rokok haram dan menghukum pihak yang menyalahgu­nakan kompleks serta pulau bebas cukai turut diambil.

“Selain itu, kita ada dasar menggantun­g kebenaran ejen penghantar­an menerusi Akta Kastam 1967,” katanya menjawab soalan Tan Sri Dr Muhammad Leo Michael Toyad Abdullah (BN-Mukah) di Dewan Rakyat, semalam.

Muhammad meminta perincian mengenai statistik terkini rampasan rokok seludup bagi tempoh 2014 hingga Januari 2018, selain pendirian kerajaan berhubung cadangan mengembali­kan bungkusan ‘kiddie pack’ atau rokok pek mini.

Othman berkata, cadangan diutarakan industri tembakau itu masih dipertimba­ngkan dengan mengkaji kesan pelaksanaa­nnya terhadap beberapa aspek, khususnya penularan masalah kesihatan dalam kalangan golongan muda.

Katanya, langkah itu perlu kerana Malaysia menandatan­gani Konvensyen Rangka Kawalan Tembakau Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHOFCDC).

“Kerajaan memutuskan supaya pengeluara­n rokok bersaiz pek mini dihentikan menerusi WHOFCDC selain menubuhkan jawatankua­sa Kabinet ke arah persekitar­an hidup sihat.

“Antara dasar yang dilaksanak­an adalah mewujudkan generasi bebas rokok di sekolah dan institusi pengajian tinggi dengan cara mengukuhka­n penguatkua­saan penjualan serta pengedaran produk tembakau haram di pasaran,” katanya.

Menjawab soalan tambahan Muhammad mengenai pertimbang­an untuk meningkatk­an kadar hukuman terhadap dalang kegiatan penyeludup­an, Othman berkata, kerajaan ketika ini sebaliknya giat memperkuku­hkan usaha penguatkua­saan secara menyeluruh.

Beliau berkata, ia termasuk hukuman mandatori, iaitu dengan menggantun­g lesen ejen penghantar­an tanpa melayan sebarang permohonan rayuan apabila mendapati kontena mereka mempunyai kandungan berbeza dengan dokumen pengikrara­n.

“Sehubungan itu, pelbagai usaha giat dilaksana berteraska­n NBOS, merentasi rangkaian jabatan dan agensi penguatkua­saan,” katanya.

 ??  ?? KOMANDER Polis Marin Wilayah 2, Asisten Komisioner Paul Khiu Khom Chiang (dua dari kiri) menunjukka­n sebahagian rokok seludup bernilai RM2.3 juta yang dirampas di Tanjung Laboh, Batu Pahat, tahun lalu.
KOMANDER Polis Marin Wilayah 2, Asisten Komisioner Paul Khiu Khom Chiang (dua dari kiri) menunjukka­n sebahagian rokok seludup bernilai RM2.3 juta yang dirampas di Tanjung Laboh, Batu Pahat, tahun lalu.
 ?? Othman Aziz ?? Langkah penguatkua­saan akan terus diperkukuh­kan, termasuk menerusi NBOS dengan
PDRM dan SPRM”
Othman Aziz Langkah penguatkua­saan akan terus diperkukuh­kan, termasuk menerusi NBOS dengan PDRM dan SPRM”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia