Harian Metro

Tiada kalori

-

 Perisa ‘berani’ Pepsi Black tampil kelainan

terbaik dicipta.

“Secara tidak langsung ia menjadikan Pepsi minuman ringan berkarbona­t bersesuaia­n dengan masa depan pengguna supaya dapat menikmati keenakan rasa kola yang hebat tanpa kalori.

“Pepsi terbaru ini mendapat kelulusan Pilihan Sihat yang diberikan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya.

Dengan logo Pilihan Sihat (HCL) yang diperoleh juga membolehka­n pengguna membuat pilihan tepat khusus memutuskan mengambil makanan atau minuman yang lebih sihat.

Bagi merancakka­n lagi pelancaran Pepsi Black, Etika membina paparan besar untuk penggemar Pepsi di Wisma Damansara, Jalan Semantan.

Paparan itu disertakan pengira detik pelancaran dan suhu penyejuk yang akan diturunkan beberapa meter setiap hari hingga hari ini.

Sebaik pengira detik pelancaran mencapai angka sifar, penggemar Pepsi berpeluang melakukan pelbagai aktiviti yang menyeronok­kan dan interaktif di wisma terbabit.

Penggemar Pepsi di seluruh negara boleh menikmati rasa terbaru Pepsi ini dalam pelbagai saiz termasuk tin 320 mililiter (ml), pek mengandung­i empat tin, botol 400 ml dan 1.5 liter melalui kedai runcit, pasar raya besar dan kedai serbaneka.

Untuk maklumat lanjut dan kempen Pepsi akan datang, layari http://www.etikaholdi­ngs. com/our-brands#Pepsi.

 ??  ??
 ??  ?? PEPSI Black
PEPSI Black

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia