Harian Metro

Lalok tinggal anak

- Mohd Hasbi Sidek mohd.hasbi@nstp.com.my

Anggota Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) terpaksa mencari anak seorang wanita yang ditinggalk­an di hotel berdekatan selepas dia ditahan akibat positif dadah dalam bilik di sebuah hotel di Chow Kit, di sini, jam 9 pagi kelmarin.

Terdahulu, wanita berusia 30 tahun itu ditahan bersama empat individu lain termasuk dua lelaki dalam Op Perdana Siri 2/2018 dijalankan anggota AADK dan ujian air kencing dijalankan mendapati dia positif dadah jenis Methamphet­amine.

Ketika disoal siasat, wanita itu mendakwa meninggalk­an anak lelakinya berusia tujuh tahun di sebuah bilik hotel disewa dengan bayaran RM60 sehari dekat Chow Kit dan pergi ke hotel berdekatan untuk bekerja sebelum dicekup AADK.

Selepas dibawa ke Pejabat AADK Dang Wangi, di sini, semakan mendapati wanita itu mempunyai anak dan anggota AADK mengesan kedudukan kanak-kanak berkenaan kerana khuatir tiada individu menjaganya lalu dibawa kepada ibunya.

Ketua Pengarah AADK Datuk Dr Abd Halim Mohd Hussin berkata, 97 individu ditahan termasuk 13 wanita selepas didapati positif pelbagai jenis dadah dalam operasi itu dijalankan bermula jam 6 pagi kelmarin hingga jam 6 pagi semalam.

“Seramai 193 individu ditahan untuk menjalani saringan ujian air kencing di lebih 10 lokasi membabitka­n kawasan penempatan, Projek Perumahan Rakyat (PPR), hotel bajet dan pusat hiburan sekitar ibu kota.

“Daripada jumlah itu, 97 individu ditahan terdiri daripada 84 lelaki dan 13 wanita berusia antara 16 hingga 56 tahun,” katanya ketika ditemui selepas operasi.

Beliau berkata, semua yang ditahan didapati positif pelbagai jenis dadah Methamphet­amine, Amphethami­ne, heroin dan ganja.

“Kami turut merampas pelbagai jenis dadah iaitu

 Anggota AADK cari budak di hotel selepas emak ditahan positif dadah

Eramin 5, Methamphet­amine, ekstasi dan pil kuda dalam serbuan itu,” katanya.

Serbuan di sekitar Chow Kit dan Dang Wangi dalam operasi fasa dua bermula jam 12 tengah malam kelmarin turut dihadiri Timbalan Ketua Setiausaha Keselamata­n Kementeria­n Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Nadzri Siron.

 ??  ?? NADZRI (dua dari kiri) bersama Dr Abd Halim (kiri) memeriksa wanita ditahan positif dadah bersama anaknya.
NADZRI (dua dari kiri) bersama Dr Abd Halim (kiri) memeriksa wanita ditahan positif dadah bersama anaknya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia