Harian Metro

Pengunjung bertuah bakal bawa pulang kereta NAZA

-

Sempena sambutan ulang tahun pertama Kad Ceria, Kementeria­n Wilayah Persekutua­n (KWP) dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Perbadanan Putrajaya (PPj) menganjurk­an Karnival

Kad Ceria Wilayah Persekutua­n 2018.

Karnival berlangsun­g tiga hari bermula hari ini di Dataran Putrajaya, Presint 3 menyediaka­n pelbagai aktiviti menarik untuk pengunjung.

Antaranya Forum Perdana, Aset Kayamas Karnival Kad Ceria Fun Ride, KK Ceria Run, Suez Domain Mixed Martial Arts,

Pertanding­an Mewarna dan Kaligrafi - Xplorers Colous of Wilayah, Amona Street Soccer

Challenge dan pemeriksaa­n kesihatan percuma kepada pengunjung.

Memeriahka­n lagi karnival ulang tahun Kad Ceria dengan kehadiran Duta Kad Ceria, Farah Diana dalam acara Wilayah Ceria Got Talent.

Selain itu, pengunjung Karnival Kad Ceria 2018 turut berpeluang memenangi hadiah utama cabutan bertuah kereta NAZA di samping lebih 1,000 hadiah lain menerusi pembelian minimum RM10 dan tanpa had bilangan penyertaan.

Pada masa sama, sebanyak 25 food truck mengambil bahagian dalam karnival yang menawarkan pelbagai sajian makanan dan minuman pada harga berpatutan kepada pengunjung dan harga istimewa untuk pemegang Kad Ceria.

Diskaun 50 hingga 70 peratus turut diberikan kepada pengunjung yang ingin menyelesai­kan saman dan kompaun DBKL dan

PJJ.

Walaupun baru berusia setahun, Kad Ceria memberi faedah kepada lebih 1 juta pengguna yang menetap di Wilayah Persekutua­n.

Selain berfungsi sebagai kad kutipan mata ganjaran, Kad Ceria juga dijenamaka­n semula dengan fungsi lebih menguntung­kan pengguna iaitu pemberian diskaun terus dari 5 hingga 70 peratus di lebih 10,000 kedai terutama di seluruh Wilayah Persekutua­n.

Antara rakan dagang terbesar Kad Ceria adalah KK Mart, Mydin, Pusat Pakaian Hari Hari, Celcom, Hospital Pusrawi, Kedai Cermin Mata Milano Eye Fashion, anak-anak syarikat bawah Berjaya Group seperti Kenny

Rogers, Borders, Wendy’s dan Singer.

Untuk memiliki kad

Ceria, pengunjung perlu mematuhi syarat ditetapkan iaitu berumur 18 tahun ke atas, warga negara, lahir atau bermastaut­in dan penjawat awam di Wilayah Persekutua­n.

Warga Wilayah Persekutua­n yang menepati kriteria itu boleh memohon menerusi laman web www.kadceria.kwp.gov.my.

Istimewa bersempena Karnival Kad Ceria 2018, pengunjung yang layak tetapi belum pernah memohon boleh mendaftar di gerai Kad Ceria, mengisi borang dalam talian.

Pelanggan hanya perlu menunggu dalam tempoh dua hingga empat minit untuk mendapatka­n kad terbabit.

 ??  ?? KARNIVAL kad ceria 2018 tawar pelbagai aktiviti menarik untuk pengunjung.
KARNIVAL kad ceria 2018 tawar pelbagai aktiviti menarik untuk pengunjung.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia