Harian Metro

‘Jutawan’ melingkup

- Teoh Pei Ying cnews@nstp.com.my

 Dua lelaki cuba seludup 700kg syabu bernilai RM35 juta dicekup

Putrajaya: Berkonvoi sambil meningkatk­an kesedaran kepada masyarakat supaya sentiasa berwaspada dan mengambil berat mengenai aspek keselamata­n jalan raya.

Itu mesej mahu disampaika­n 29 penunggang motosikal terdiri daripada anggota dan pegawai Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) menerusi Program Konvoi Ride-72 di seluruh Semenanjun­g sempena Hari Sambutan JPJ ke-72.

Pengarah JPJ Selangor Nazli Md Taib yang mengetuai konvoi berkenaan berkata, aktiviti menunggang motosikal beramai-ramai itu bermula kelmarin di seluruh Semenanjun­g yang akan berakhir di Batu Pahat, Johor pada 2 April.

“Kami akan bergabung bersama peserta konvoi dari setiap negeri, menjadikan jumlah keseluruha­n peserta konvoi dari setiap negeri seramai 72 orang sebagai simbolik sempena Hari Sambutan JPJ ke-72.

“Kemuncak acara di Batu

Hasrat dua lelaki bergelar jutawan segera dengan menyeludup 700 kilogram syabu dianggarka­n bernilai RM35 juta dari Thailand ke negara ini berkubur apabila mereka ditahan pihak berkuasa negara itu, kelmarin.

Kedua-dua suspek rakyat Malaysia berusia 35 dan 49 tahun itu ditahan susulan penahanan seorang lelaki Thailand bersama bekalan dadah berkenaan yang disorok dalam lori muatan nanas dan tembikai dipandunya di Pusat Pemeriksaa­n Chumphon, selatan negara itu kira-kira jam 1.30 pagi hari sama.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Kang Chez Chiang berkata, siasatan pihak berkuasa Thailand mendapati pemandu lori itu dipercayai dalam perjalanan menemui kedua-dua suspek rakyat Malaysia di Hatyai.

“Kedua-dua suspek warga Malaysia itu dikatakan akan mengambil bekalan dadah berkenaan sebelum cuba menyeludup ke negara ini melalui sempadan di utara tanah air.

“Bagaimanap­un, kegiatan itu terbongkar dan kedua-dua mereka ditahan di Hatyai, petang semalam (kelmarin) dan kini berada dalam tahanan pihak berkuasa Thailand,” katanya pada sesi wawancara, di sini, semalam.

Beliau berkata, rakan sejawatnya di Thailand bersetuju membenarka­n pihaknya menghantar pegawai ke negara itu bertemu kedua-dua suspek terbabit untuk mengambil keterangan mereka.

“Kita mahu mengenal pasti siapakah dalang di sebalik kegiatan penyeludup­an itu.

“Pada masa sama, kita berterima kasih kepada pihak berkuasa Thailand kerana berjaya menggagalk­an cubaan penyeludup­an dadah ke negara kita,” katanya.

Sementara itu, Ketua Biro Pengendali­an Narkotik (NSB) Thailand Leftenan Jeneral Sommai Kongvisais­uk berkata, dadah berkenaan yang dihasilkan di utara Thailand cuba diseludup ke Malaysia sebelum dieksport ke negara lain untuk harga pasaran lebih tinggi. amanat Ketua Pengarah JPJ.

“Pada Ahad, kita akan meneruskan konvoi dari Kemaman, Terengganu sebelum ke Batu Pahat bagi menghadiri acara kemuncak bersama Menteri Pengangkut­an,” katanya.

 ?? Kang Chez Chiang ?? Kedua-dua suspek warga Malaysia itu dikatakan akan mengambil bekalan dadah berkenaan sebelum cuba menyeludup ke negara ini melalui sempadan di utara tanah air”
Kang Chez Chiang Kedua-dua suspek warga Malaysia itu dikatakan akan mengambil bekalan dadah berkenaan sebelum cuba menyeludup ke negara ini melalui sempadan di utara tanah air”
 ??  ?? SHAHARUDDI­N (tengah) melepaskan Konvoi RIDE-72 yang disertai pegawai JPJ, semalam.
SHAHARUDDI­N (tengah) melepaskan Konvoi RIDE-72 yang disertai pegawai JPJ, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia