Harian Metro

Pipi merah menjadi

Persembaha­n muzik ukulele murid SK Bukit Mahkota FELDA Aping Timur tular di FB

- Mohd Sabran Md Sani sab@hmetro.com.my

“Saya tumpang gembira dan tak sangka video pendek itu disukai ramai hingga mencecah 2,000

kata Ahmad Sobri Muzammil Hussain, 26, mengenai persembaha­n muzik Ukulele Comel Pipi Merah anak muridnya yang tular sejak kelmarin.

Guru muzik Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Mahkota FELDA Aping Timur, Kota Tinggi itu berkata, pada mulanya dia hanya menyalin lirik dan mencari kod lagu untuk dimainkan muridnya.

“Kebetulan ketika itu, Bukit Mahkota Ukulele Group sekolah kami akan mengadakan persembaha­n sempena penutup Karnival Bahasa Melayu dan saya memilih lagu itu untuk mereka seronok sebelum membuat persembaha­n sebenar.

“Ia bukan lagu utama, tetapi memandangk­an lagu itu mudah dibawa dan mahu pelajar menjiwai persembaha­n, saya cuba mencari lirik dan kod lagu itu dan menyalinny­a semula menerusi Internet,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Pemilik Ijazah Pendidikan Muzik Sekolah Rendah Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Ipoh, Perak itu berkata, dia kemudian merakamkan aksi kumpulan muridnya yang bermain ukulele dan cajon.

“Persembaha­n itu membabitka­n gabungan murid tahun tiga hingga tahun lima dan ia nampak menarik apabila melihat mereka bermain muzik secara seragam.

“Saya buat rakaman untuk kenangan peribadi dan memuatkann­ya di Facebook (FB) dan kemudian dikongsi beberapa laman sosial termasuk Viral Media Johor,” katanya.

Menyentuh mengenai pemilihan lagu itu katanya, idea itu berlaku secara spontan sebaik aplikasi WhatsApp keluargany­a berkongsi lirik lagu Comel Pipi Merah nyanyian penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza yang menjadi popular di media sosial.

Menurutnya, dia yang baru lapan bulan ditempatka­n di sekolah itu berhasrat membawa anak muridnya untuk mendapatka­n pengalaman membuat persembaha­n di luar sekolah.

“Namun mengambil kira kekurangan peralatan muzik dan kos tinggi menyebabka­n hasrat itu terpaksa disimpan walaupun sedar bakat dimiliki anak murid saya yang sentiasa bersungguh-sungguh dalam muzik.

“Bajet untuk alat muzik itu juga datang daripada sumbangan beberapa pihak dan berharap jumlahnya dapat ditingkatk­an lagi pada masa akan datang,” katanya yang juga menggunaka­n dana sendiri membeli beberapa Ukulele untuk digunakan anak muridnya.

Video berdurasi empat minit itu tular selepas beberapa laman sosial berkongsi idea kreatif murid sekolah itu bermain ukulele dan cojan dengan memainkan lagu Si Comel Pipi Merah.

Kebetulan ketika itu, Bukit Mahkota Ukulele Group sekolah kami akan mengadakan persembaha­n sempena penutup Karnival Bahasa Melayu dan saya memilih lagu itu untuk mereka seronok sebelum membuat persembaha­n sebenar”

Ahmad Sobri Muzammil Hussain

 ??  ?? VIDEO tular persembaha­n muzik Ukulele Si Comel Pipi Merah popularkan murid SK Bukit Mahkota FELDA Aping, Kota Tinggi.
VIDEO tular persembaha­n muzik Ukulele Si Comel Pipi Merah popularkan murid SK Bukit Mahkota FELDA Aping, Kota Tinggi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia