Harian Metro

Mati terkejut kilang terbakar

- Mohd Azam Shah Yaacob mohdazam@nstp.com.my

Terkejut selepas melihat kilang perabot kerjanya terbakar, seorang pengawal keselamata­n rebah dan meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung di Kawasan Perindustr­ian Cheras di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 4.40 pagi, mangsa, Mohd Jaya Vacho, 50, yang bekerja syif malam rebah tiba-tiba di depan pondok pengawal ketika melihat bangunan kilang terbakar.

Rakan sekerja mangsa dikenali sebagai Yoong berkata, Mohd Jaya berasal dari Sabah baru enam bulan bekerja sebagai pengawal keselamata­n di kilang itu.

Katanya, ketika kejadian, kilang itu belum memulakan operasi dan mangsa bekerja seorang diri.

“Mangsa ditemui terbaring di pekarangan kilang oleh orang ramai yang melihat kebakaran.

“Dia kemudian dibawa ke Hospital Serdang oleh orang ramai, namun disahkan meninggal dunia,” katanya.

Ketua Balai Bomba dan

 Jaga lihat api rebah kena serangan jantung

Penyelamat (BBP) Kajang Mohd Jaslizad Jalil berkata, pihaknya menerima panggilan jam 4.44 pagi.

Katanya, sebaik tiba kira-kira 10 minit kemudian, api marak dan pihaknya terpaksa mendapatka­n bantuan dari BBP Bangi, Serdang, Pandan Indah dan Pasukan Bomba Sukarelawa­n.

Katanya, operasi memadamkan kebakaran mengambil masa lama berikutan kilang itu dipenuhi perabot yang diperbuat daripada kayu selain bahan kimia untuk membuat perabot.

“Operasi memadamkan kebakaran membabitka­n 43 anggota dan 13 jentera.

“Api berjaya dikawal jam 7 pagi, namun kilang itu musnah 90 peratus dan turut merebak ke bangunan sebelah yang terbakar kira-kira 10 peratus,” katanya.

 ??  ?? ANGGOTA bomba memadam kebakaran kilang perabot di Kawasan Perindustr­ian Cheras, semalam.
ANGGOTA bomba memadam kebakaran kilang perabot di Kawasan Perindustr­ian Cheras, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia