Harian Metro

Lelaki rentung kereta terbabas

-

Port Dickson: Seorang lelaki rentung selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dipandunya terbabas lalu terbakar di Kilometer 17.4 Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH) di sini, awal pagi, semalam.

Dalam kejadian jam 2.45 pagi berhampira­n susur keluar ke Bandar Springhill itu Naza Citra berkenaan merempuh penghadang jalan dan terbakar menyebabka­n mangsa terperangk­ap dan rentung.

Ketua Polis Daerah Port Dickson Superinten­dan Zainudin Ahmad berkata, hasil siasatan awal di lokasi polis terjumpa secebis kertas atas nama Lim Sai Chong beralamat di Tanah Merah Site C dan berjaya mengesan waris mangsa.

Katanya, mangsa yang rentung keseluruha­n dimaklumka­n warisnya sebagai Lim Tong Hai (maklumat lisan) namun belum dapat disahkan.

“Bedah siasat dilakukan di Hospital Port Dickson (HPD) dan sampel tisu mangsa akan diambil bagi tujuan pemadanan DNA bersama sampel darah ahli keluargany­a bagi pengesahan.

“DNA waris diambil dan dihantar ke Jabatan Kimia untuk disahkan dan ia bergantung kepada keputusan itu sebelum diserah kepada waris mangsa. Buat masa sekarang, mangsa tidak dapat dikenal pasti lagi. Kena tunggu laporan DNA,” katanya.

Katanya, mayat mangsa disimpan di Unit forensik HPD hingga keputusan analisis diperoleh.

Zainudin berkata, polis juga mengalu-alukan saksi kejadian bagi membantu siasatan dengan menghubung­i pegawai penyiasat Inspektor Raja Nur Hafizah Raja Arifin di nombor 06-6472222 .

 ??  ?? ANGGOTA polis melakukan siasatan di lokasi lelaki rentung dalam kemalangan di KM 17.4 Lebuhraya Seremban-Port Dickson, semalam.
ANGGOTA polis melakukan siasatan di lokasi lelaki rentung dalam kemalangan di KM 17.4 Lebuhraya Seremban-Port Dickson, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia