Harian Metro

‘Ini hari paling gembira’

-

Seremban: “Saya amat gembira hari ini (semalam). Penantian empat tahun berakhir,” kata guru, P Murugan, 38, apabila Mahkamah Sesyen di sini, semalam mengekalka­n keputusan melepas dan membebaska­nnya atas tuduhan memiliki beberapa helaian kertas soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di Mantin, empat tahun lalu.

Menurut Murugan, dia lega dan gembira berikutan sudah empat tahun ditahan kerja dan menerima hanya separuh gaji setiap bulan.

“Syukur dengan keputusan, selepas ditahan (kerja), saya mengajar kelas tuisyen untuk menyara hidup,” kata guru Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Lenggeng, Mantin yang ditemani dua peguam, Haresh Mahadevan dan Ramzani Idris.

Dalam keputusan dibuat Hakim Ahmad Fairuz Mohd Fauzi, tertuduh yang diarah membela diri berjaya menimbulka­n keraguan munasabah di akhir pembelaan.

Mengikut fakta kes, Murugan dihadapkan di Mahkamah Seksyen di sini, pada 5 November 2014 sebaik didakwa memiliki kertas soalan Matematik UPSR 015/1 dalam telefon pintar di Taman Sri Mawar, Mantin antara 8 hingga 17 September, tahun sama.

Dia didakwa mengikut Seksyen 8(1)(c)(iii) Akta Rahsia Rasmi 1972 yang memperuntu­kkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun.

Pada 16 April 2015, Mahkamah Sesyen di sini, melepaskan dan membebaska­n tertuduh selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktika­n kes prima facie.

 ??  ?? MURUGAN
MURUGAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia