Harian Metro

Permintaan makanan, minuman halal Jepun dijangka kekal tinggi

-

Permintaan terhadap makanan dan minuman halal Jepun dijangka kekal tinggi pasca penganjura­n Sukan Olimpik Musim Panas 2020.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia (MATRADE) Dr Mohd Shahreen Zainooreen Madros berkata, selain produk makanan halal di Jepun yang sinonim dengan kebersihan dan gaya hidup sihat, banyak acara antarabang­sa dijadualka­n berlangsun­g di Jepun pasca Sukan Olimpik Musim

Panas 2020 akan menarik jutaan pelancong termasuk yang beragama Islam.

“Permintaan terhadap makanan halal berkembang di pasaran domestik selain daripada kemasukan pelancong beragama Islam.

“Makanan halal bermula atas sebab keagamaan, tetapi hari ini ia lebih kepada gaya hidup sihat dan kebersihan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di forum bertajuk Peluang Perniagaan Dalam Industri Halal di Jepun di sini, semalam.

Hadir sama Pengasas Halal Media Jepun, Shinya Yokoyama dan Pengarah Urusan Pertubuhan Perdaganga­n Luar Jepun External (JETRO), Akira Kajita.

Terdapat beberapa acara antarabang­sa utama dijadual diadakan di Jepun pasca Sukan Olimpik Musim Panas 2020.

Jepun yang memberi tumpuan melonjakka­n angka kemasukan pelancong ke negara itu, menyasar memanfaatk­an Sukan Olimpik Musim Panas 2020 yang akan diadakan di negara itu bagi menarik satu juta pelancong beragama Islam setahun.

 ??  ?? AKIRA (kiri) bersama Dr Mohd Shahreen pada sidang media selepas Seminar Peluang Perniagaan Industri Halal Jepun di Kuala Lumpur, semalam.
AKIRA (kiri) bersama Dr Mohd Shahreen pada sidang media selepas Seminar Peluang Perniagaan Industri Halal Jepun di Kuala Lumpur, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia