Harian Metro

PRESTASI POSITIF

- Nasuha Badrul Huzaini dan Nabil Basarudin bisnes@nstp.com.my

 PNB umum agihan pendapatan RM1.88 bilion untuk lima dana

Permodalan Nasional Bhd (PNB) mengumumka­n agihan pendapatan berjumlah RM1.88 bilion untuk lima dana.

Ia termasukla­h Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB 2), Amanah Saham Malaysia (ASM) dan ketiga-tiga dana di bawah payung Amanah Saham Gemilang (ASG) iaitu ASG-Pendidikan, ASG-Kesihatan dan ASG-Persaraan.

Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Abdul Wahid Omar berkata, pengagihan pendapatan bagi pemegang unit ASB 2 ialah 6.75 sen seuit manakala pemegang ASM menerima 6.25 sen seunit.

“Bagi ketiga-tiga dana di bawah ASG masing-masing mengagihka­n pendapatan sebanyak 4.80 sen seunit (ASGPendidi­kan), 5.20 sen seunit (ASGKesihat­an) dan 5.15 sen seunit (ASGPersara­an).

“Prestasi yang lebih baik ini adalah selaras dengan tumpuan dana untuk memberikan pulangan yang seimbang melalui pelaburan dalam ekuiti dan pendapatan tetap.

“Ia juga seiring dengan strategi PNB untuk memfokuska­n dana harga berubah-ubahnya untuk menjana pulangan keseluruha­n kepada pemegang unit,” katanya pada majlis pengumuman agihan berkenaan di sini, semalam. Hadir sama pada majlis itu ialah Ketua Eksekutif PNB, Datuk Abdul Rahman Ahmad.

ASB 2 akan membayar sejumlah RM562.9 juta agihan pendapatan kepada 348,000 pemegang yang kini memegang sejumlah 9.4 bilion unit.

Sehingga 28 Februari lalu, ASB 2 merekodkan pendapatan bersih RM551.2 juta.

Sementara itu, agihan pendapatan ASM membabitka­n RM1.11 bilion yang akan memanfaatk­an lebih 540,000 pemegang unit.

Sehingga 28 Februari lalu, ASM mencatatka­n pendapatan bersih RM551.2 juta.

Mengulas lanjut, Abdul Wahid berkata, PNB kekal optimis dengan pencapaian yang boleh dicapai pada tahun yang mendatang.

“Kami berharap tahun ini akan memberi kesan baik untuk ekonomi tempatan dan pasaran saham.

“Pertumbuha­n ekonomi yang teguh membawa lebih banyak peluang perniagaan dan pekerjaan serta prestasi yang lebih baik untuk dana kami,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia