Harian Metro

PNB raih modal pasaran RM39.5 bilion

-

Kuala Lumpur: Permodalan Nasional Berhad (PNB) meraih peningkata­n modal pasaran yang ketara sebanyak RM39.5 bilion menerusi semua inisiatif yang dilaksanak­an di bawah 10 syarikat strategikn­ya seperti yang disasarkan pada tahun kewangan 2017.

Antara syarikat strategik PNB ialah Malayan Banking Bhd, Sime Darby Bhd, Sime Darby Plantation Bhd, Sime Darby Property Bhd, SP Setia Bhd, UMW Holding Bhd, UMW Oil & Gas Corporatio­n Bhd, Chemical Company of Malaysia Bhd, CCM Duopharma Biotech Bhd dan MNRB Holdings Bhd.

Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Abdul Wahid Omar berkata, bagi tempoh dua bulan pertama 2018, kumpulan berjaya mencatatka­n prestasi membanggak­an dengan peningkata­n aset di bawah pengurusan (AUM) dan pendapatan bersih keseluruha­n sebanyak 6.1 peratus dan 39.5 peratus dari tahun ke tahun kepada RM279.6 bilion dan RM2.2 bilion masing-masing.

Beliau berkata, dengan perkembang­an itu, nilai agregat pasaran semua syarikat strategikn­ya meningkat sebanyak RM6.3 bilion bagi tempoh Januari hingga 28 Mac tahun ini.

Katanya, PNB terus optimis dengan ekonomi global yang diunjurkan berkembang sebanyak 3.9 peratus oleh Dana Kewangan Antarabang­sa (IMF) pada tahun ini.

“Kumpulan berharap 2018 akan memberi kesan baik kepada ekonomi tempatan dan pasaran saham yang akan membawa peluang perniagaan dan pekerjaan di samping prestasi dana lebih baik kepada Kumpulan.

“Tahun 2017 adalah tahun pertama pelaksanaa­n Pelan Strategik PNB 2017-2022 atau STRIVE-15 yang mana beberapa inisiatif terbukti berhasil, sementara asas untuk inisiatif lain dilaksanak­an sepenuhnya pada 2018 dan seterusnya,” katanya pada majlis pengumuman Laporan Tahunan 2017 dan Suku Pertama 2018 serta pengagihan pendapatan lima unit amanahnya di sini, semalam.

Strategi STRIVE-15 itu turut membolehka­n PNB terus memberi pulangan yang konsisten dalam pasaran dengan sasaran AUM mampu mencecah sehingga RM350 bilion menjelang 2022.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia