Harian Metro

Sasar 50,000 kad debit

Bank Islam perkenal kad penjenamaa­n bersama BAM, Visa tingkat mutu sukan badminton negara

- Azzman Abdul Jamal azzman@nstp.com.my

Bank Islam Malaysia Bhd (Bank Islam) memperkena­lkan kad Debit-i Islam Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dalam penjenamaa­n bersama dengan Visa dan BAM.

Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam Khairul Kamarudin berkata, penjenamaa­n bersama itu bagi mendapat sokongan kewangan meningkatk­an mutu sukan badminton negara.

Katanya, pelancaran kad itu sebahagian strategi Bank Islam meluaskan rangkuman kewanganny­a kepada peminat sukan tanah air.

“Kami menyasarka­n peningkata­n pengeluara­n 50,000 kad daripada inisiatif penjenamaa­n bersama ini, sekali gus meningkatk­an jumlah pengguna kad debit Bank Islam kepada 3.2 juta di seluruh negara.

“Kad ini menawarkan pelbagai faedah menarik kepada pemegang dan sebahagian fi pengeluara­n serta tahunan kad akan disalurkan kepada BAM sebagai sumbangan daripada Bank Islam dan pemegang kad untuk pembanguna­n skuad badminton.

“Dengan setiap kad yang dikeluarka­n dan diperbahar­ui, sebanyak RM2 akan disalurkan kepada BAM bagi tujuan berkenaan,” katanya pada Majlis Pelancaran Kad Debit-i Bank Islam di sini, semalam.

Khairul berkata, penjenamaa­n bersama itu adalah ke-16 antara Bank Islam, Visa, persatuan bola sepak kebangsaan dan negeri, persatuan hoki, universiti serta syarikat telekomuni­kasi.

Sempena pelancaran itu, Khairul mengumumka­n tajaan Bank Islam berjumlah RM300,000 kepada BAM.

Presiden BAM Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata, perjanjian penjenamaa­n bersama itu sehingga 2021.

“Kami berharap kerjasama ini membantu pelan pembanguna­n jangka panjang kami iaitu memenangi pingat emas Olimpik pertama di Tokyo, Jepun menjelang 2020,” katanya.

Kad Debit-i Bank Islam boleh didapati di cawangan Bank Islam minggu ketiga April depan.

 ??  ?? PEMAIN badminton negara (dari kiri) Goh Sze Fei, Nur Izzuddin Mohamed Rumsani, Iskandar Zulkarnain Zainuddin dan Lee Zii Jia menunjukka­n kad Debit-i Bank Islam selepas pelancaran­nya, semalam.
PEMAIN badminton negara (dari kiri) Goh Sze Fei, Nur Izzuddin Mohamed Rumsani, Iskandar Zulkarnain Zainuddin dan Lee Zii Jia menunjukka­n kad Debit-i Bank Islam selepas pelancaran­nya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia