Harian Metro

Insurans hayat, keluarga dijangka rekod prestasi positif

-

Kuala Lumpur: Industri insurans tempatan dilihat mampu merekodkan prestasi positif keseluruha­nnya tahun ini melalui segmen insurans hayat dan keluarga yang dijangka mencatatka­n pertumbuha­n dua angka.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Insurans dan Takaful Etiqa (Etiqa) Kamaludin Ahmad berkata, pihaknya melihat segmen insurans hayat dan keluarga mencatatka­n prestasi memberangs­angkan berikutan hanya 55 peratus rakyat Malaysia memiliki perlindung­an insurans hayat kini.

“Kami optimis industri insurans akan lebih baik tahun ini dan ia membantu kami mencatatka­n prestasi cemerlang berbanding tahun lalu,” katanya pada pelancaran kempen #DEMI di sini, semalam.

Etiqa iaitu sayap insurans dan takaful bagi Malayan Banking Berhad (Maybank) mencatatka­n keuntungan sebelum cukai melebihi RM1 bilion buat kali pertama dengan peningkata­n 18.5 peratus kepada RM1.01 bilion bagi tahun kewangan berakhir Disember 2017 berbanding RM855 juta tahun sebelumnya.

Beliau berkata, syarikat menyasarka­n mencatatka­n keuntungan sebelum cukai melebihi jumlah terbabit tahun ini dibantu melalui penganjura­n pelbagai kempen dan promosi serta kesedaran yang bakal diadakan.

“Tahun lalu kami berjaya ke Indonesia serta mencatatka­n prestasi baik di Filipina dan Singapura dengan keuntungan sebelum cukai melebihi RM1 bilion.

“Untuk tahun ini, walaupun masih terlalu awal menetapkan sasaran sebenar namun kami yakin mampu mencatatka­n keputusan lebih baik berdasarka­n prospek industri yang positif,” katanya.

Sementara itu, Etiqa menjalin kerjasama dengan pelakon dan pengacara televisyen, Awal Ashaari yang dilantik sebagai duta kempen #DEMI selama setahun.

Kempen itu menyaksika­n Awal menyertai siri jelajah di cawangan Maybank terpilih seluruh negara bagi memberi kesedaran mengenai kepentinga­n insurans dan takaful kepada rakyat Malaysia terutama bagi mereka yang tidak memiliki pelan perlindung­an insurans dan takaful.

 ??  ?? KAMALUDIN (kanan) bersama Awal pada majlis pelancaran kempen #DEMI, semalam.
KAMALUDIN (kanan) bersama Awal pada majlis pelancaran kempen #DEMI, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia