Harian Metro

TANPA KEPALA MASIH HIDUP

- Agensi

 Selepas lebih seminggu digigit anjing

Orang ramai dan doktor haiwan terkejut mendapati seekor ayam di wilayah Ratchaburi, masih hidup selepas lebih seminggu sebahagian kepalanya hilang, dipercayai diserang haiwan lain.

Menurut laporan media Thailand, ayam jantan itu bertempur dengan ayam jantan lain sebelum sebahagian kepalanya putus digigit anjing di bandar Mueang Ratchaburi.

Lidah ayam itu juga hampir putus dan kini mereput menunggu jatuh. Sejak ia kehilangan kepala, ayam diberi nama Boonma itu terus hidup melalui makanan dan air yang dititis ke dalam lehernya.

Laporan media Thailand menyatakan ayam itu ditemui Phra Noppong Thitithamm­o yang kemudian menyiarkan gambar haiwan itu ke media sosial sebelum dihantar ke Hospital Haiwan Ratchaburi di daerah Muang.

Menurut Phra Noppong, dia menamakan ayam itu “Boonma” bermaksud ‘dilindungi kuasa ajaib’.

Boonma kini dijaga seorang doktor haiwan, Supakadee Arun Thong, di hospital itu yang merawatnya, memberi makanan dengan cara menjatuhka­n makanan ke dalam lehernya serta menitiskan antibiotik.

Menurut Supakdee, keadaan ayam itu stabil, manakala lukanya sudah kering dan pembedahan mungkin dilakukan bagi membuang lidahnya.

“Penjagaan yang sempurna dan memberinya makan melalui tiub, ayam ini boleh hidup lama,

“Ayam ini masih ada nyawa dan mahu terus hidup,” katanya.

Ayam yang bertahan paling lama tanpa kepala sebelum ini, dikenali sebagai Mike di Utah, Amerika Syarikat, yang hidup selama 18 bulan selepas kehilangan kepalanya dari 1945 hingga 1947.

 ??  ?? KEADAAN Boonma yang kini dirawat seorang doktor haiwan. - Agensi
KEADAAN Boonma yang kini dirawat seorang doktor haiwan. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia