Harian Metro

Kereta api ‘kebal’ Kim Jong-un

-

 Ada 90 gerabak berperisai, dua gerabak di hadapan dan belakang sebagai kubu pertahanan

Kereta api yang digunakan pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un ketika mengunjung­i Beijing bertemu Presiden China, Xi Jinping, minggu ini, mungkin perlahan, namun ia bukan sembaranga­n kereta api kerana kalis peluru dan bom.

Kereta api berwarna hijau itu juga digunakan bapanya, Kim Jong-il pada Mei 2000 ketika melawat pemimpin China ketika itu, Jiang Zemin.

Menurut laporan media Korea Selatan pada 2009, kereta api berkenaan mempunyai 90 gerabak berperisai dengan dua gerabak di hadapan dan belakang sebagai kubu pertahanan.

Fizikalnya berat berikutan berperisai tebal dan kereta api itu hanya bergerak pada kelajuan maksimum 60 kilometer sejam.

Daily Mail melaporkan, kereta api itu dilengkapi gerabak dengan hiasan dalaman yang mewah, aksesori berteknolo­gi tinggi serta bekalan minuman keras berterusan bagi kegunaan pemimpin berkenaan.

Set karaoke, dewan makan dengan pelbagai hidangan makanan mewah turut disediakan kepada pemimpin itu dan tetamu khasnya yang dijemput menaiki kereta api terbabit.

New York Times melaporkan, diplomat Russia, Konstantin Pulikovsky, menulis buku mengenai pengalaman­nya menaiki kereta api itu pada 2001 bersama Jong-il.

Pulikovsky menceritak­an hidangan mewah dinikmati dengan penyepit perak dilayan wanita jelita dalam kereta api.

“Udang karang hidup dihantar kepada kami bersama berkotak-kotak minuman keras dari Paris, Perancis.

“Tidak mustahil untuk menikmati apa sahaja jenis makanan dalam kereta api itu termasuk makanan Russia, Cina, Korea, Jepun serta Perancis,” tulisnya.

Jong-il ketika itu dikatakan takut menaiki kapal terbang dan memilih menggunaka­n kereta api sebagai pengangkut­an utama ke China, Russia dan Timur Eropah.

Menurut The Washington Post, ada beberapa persamaan dalam lawatan yang dilakukan Kim Jong-il pada 2000 dengan kunjungan Jong-un minggu ini.

Kedua-duanya melakukan lawatan selama tiga hari, menaiki kereta api yang sama, bertemu Presiden China, melawat hab teknologi Beijing di Zhongguanc­un dan lawatan mereka juga diadakan sempena rancangan sidang kemuncak bersama Korea Selatan.

 ??  ?? KIM Jong-un menerima kunjungan pegawai kanan China dalam kereta api. - Agensi
KIM Jong-un menerima kunjungan pegawai kanan China dalam kereta api. - Agensi
 ??  ?? KERETA api yang digunakan Kim Jong-un ketika mengunjung­i Beijing, minggu ini. - Agensi
KERETA api yang digunakan Kim Jong-un ketika mengunjung­i Beijing, minggu ini. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia