Harian Metro

Akhiri kemarau pingat

Nauraj di landasan terbaik kutip pingat di Gold Coast

- Devinder Singh devinder@nstp.com.my

Nauraj Singh Randhawa berada di landasan terbaik untuk menamatkan kemarau pingat 16 tahun negara di Sukan Komanwel selepas jaguh lompat tinggi negara itu menyatakan keyakinann­ya untuk menjejak tangga podium di Gold Coast bulan depan.

Ketika rakan sepasukan Lee Hup Wei (gambar) mendahului senarai IAAF, harapan untuk meraih pingat dalam acara itu lebih tertumpu kepada Nauraj yang berusia 26 tahun.

Walaupun lompatan terbaiknya tahun ini ialah 2.24 meter, Nauraj giat berlatih di Australia sejak penghujung 2017 di bawah bimbingan Alex Stewart dalam usahanya memenangi pingat di Stadium Carrara pada 11 April.

“Latihan berjalan lancar,” kata Nauraj yang memegang rekod kebangsaan dengan catatan 2.30 meter. "Saya baru saja menamatkan fasa terakhir kem latihan dan kini kami memupuk semangat berpasukan untuk dibawa ke Sukan Komanwel.”

Catatan terbaik Hup Wei adalah 2.28m untuk mendahului senarai IAAF bagi musim 2018, yang didominasi oleh atlet-atlet negara Komanwel memandangk­an musim di Amerika Utara dan Eropah belum bermula.

Ia mencetus harapan buat Malaysia untuk melihat dua atletnya meraih penamat podium dalam acara lompat tinggi – pingat pertama negara sejak Yuan Yufang meraih gangsa dalam acara 20km jalan kaki wanita dan pingat perak 100m para oleh Hisham Khaironi di Manchester pada 2002.

G Saravanan memenangi emas tunggal negara dalam olahraga menerusi acara 50km jalan kaki lelaki di Kuala Lumpur pada 1998.

Selain Hup Wei, Nauraj bakal dicabar rakan sepelatih Brandon Starc dari Australia, Tejaswin Shankar dan Jamal Wilson (Bahamas) yang masing-masing melepasi lompatan 2.28m tahun ini.

Juara Olimpik Rio, dunia dan Komanwel Glasgow, Derek Drouin bagaimanap­un tidak menyertai temasya di Gold Coast tahun ini.

Nauraj yang berkongsi tangga ketujuh dalam senarai IAAF berkata, dia sedar akan cabaran bakal dihadapiny­a untuk meraih pingat pada penampilan keduanya di Sukan Komanwel.

“Saya rasa ia akan menjadi saingan yang menarik. Saya jangkakan saingan sengit dan tidak sabar untuk mengharung­inya,” kata juara tiga kali Sukan SEA itu.

 ??  ?? LOMPATAN terbaik Nauraj tahun ini ialah 2.24 meter.
LOMPATAN terbaik Nauraj tahun ini ialah 2.24 meter.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia