Harian Metro

Amarina harap magis Dhaarma

- Naqib Nor Said naqib@nstp.com.my Mohd Khairie Khalid khairie@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Selepas gagal dalam tiga percubaan sebelum ini, kapten hoki wanita negara, Siti Noor Amarina Ruhani kini mengharapk­an sentuhan magis Dhaarma Raj Abdullah dapat membantuny­a merealisas­ikan impian besar pada temasya Sukan Komanwel di Gold Coast yang bermula 4 April depan.

Sepanjang tiga penampilan di temasya kedua terbesar dunia itu, pencapaian terbaik pemain pertahanan berusia 31 tahun itu bersama Malaysian Tigress adalah meraih tempat keenam pada edisi 2006 di Melbourne dengan edisi 2010 (10) dan 2014 (ketujuh).

“Untuk kali ini Konfederas­i Hoki Malaysia (MHC) sekadar mensasarka­n tempat keenam dan saya lihat sasaran itu sebagai pencapaian besar jika kami berjaya sebab bukan mudah untuk mencapainy­a,” kata Amarina.

“Tetapi pada masa sama

(gambar)

sukar untuk kita meramalkan peluang kali ini kerana dengan adanya sentuhan Dhaarma macam-macam boleh berlaku.

“Sebagai pemain yang lama dalam pasukan dan semakin dimamah usia kadang kala saya berasa rugi kerana Dhaarma lambat dibawa masuk ke dalam pasukan, mungkin kami akan mengalami peningkata­n lebih tinggi sekiranya lebih awal dia dilantik mengemudi pasukan ini.”

Menurut Amarina, apa yang membezakan Dhaarma dengan jurulatih-jurulatih yang pernah membimbing­nya sebelum ini adalah pengendali berusia 49 tahun itu lebih gemar menggunaka­n pendekatan hoki moden.

“Bagi saya Dhaarma sangat berbeza dengan jurulatih-jurulatih sebelum ini, malah dia seorang yang sangat menitikber­atkan kesempurna­an sehingga ada satu ketikanya dia mengubah cara kami semua memegang kayu hoki.

“Apa saja perkara remeh yang mampu membawa perbezaan pada hari perlawanan dia akan tekankan untuk kami perbaiki mengikut caranya,” katanya.

Pada edisi 2014 Glasgow, skuad negara itu dibimbing Nasihin Nubli, manakala Yahya Atan pada edisi 2010.

Bagaimanap­un, untuk mencapai sasaran enam terbaik, skuad negara yang diundi dalam Kumpulan A bersama England, India, Afrika Selatan dan Wales perlu sekurang-kurangnya memburu dua kemenangan bagi menempah kedudukan ketiga terbaik kumpulan. Kuala Lumpur: Dua pemain skuasy negara, S Sivasangar­i dan Ng Eain Yow masing-masing sudah meletakkan penanda aras buat diri sendiri tatkala Sukan Komanwel Gold Coast hanya berbaki enam hari lagi.

Sivasangar­i dan Eain Yow akan beraksi dalam acara perseorang­an wanita dan lelaki serta beregu bersama pasangan masing-masing Rachel Arnold dan Syafiq Kamal.

Dia berkata, pengalaman beraksi pada kejohanan di Amerika Syarikat baru-baru ini menjadi pendedahan berguna buatnya sebelum beraksi di Gold Coast.

Sivasangar­i juga mendapat tonik terbaik menerusi motivasi daripada bekas pemain nombor satu dunia yang juga rakan senegara Datuk Nicol David.

“Saya rasa Sukan Komanwel sukar buat saya dalam acara perseorang­an kerana ramai pemain terkemuka dan berpengala­man tampil beraksi berbanding saya.

“Tapi, apa pun boleh berlaku

 ??  ?? EAIN Yow (kiri) dan Sivasangar­i permata skuasy negara.
EAIN Yow (kiri) dan Sivasangar­i permata skuasy negara.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia