Harian Metro

Nilai ikut prestasi pemain

- Helmi Talkah helmi.talkah@nstp.com.my

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mahu jurulatih memberi fokus yang lebih kepada pemain muda bagi mengatasi masalah kebergantu­ngan ke atas pemain senior dalam misi meraih kejayaan di pentas antarabang­sa.

Presiden BAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata, jurulatih perlu menukar cara penilaian mereka dengan berpanduka­n kepada prestasi semasa dan bukan lagi berdasarka­n senioriti.

“Ada masanya jurulatih mengambil jalan selamat dengan fokus diberi kepada pemain senior kerana tahu mereka boleh menghasilk­an keputusan yang baik. Namun, tiba masanya kita membuat pelaburan demi kepentinga­n masa depan.

“Sebab itu, saya mahu meletakkan semua pemain di bawah satu bumbung di Akademi Badminton Malaysia di Bukit Kiara termasuk pemain dari SSBJ (Sekolah Sukan Bukit Jalil). Mereka akan belajar serta berlatih di sana bersama pemain pelapis dan elit.

“Jadi, jurulatih perlu membuat penilaian sepenuhnya berdasarka­n prestasi dan bukan lagi berdasarka­n senioriti,” kata Norza ketika sidang media selepas Majlis Pelancaran Kad Debit Bank Islam-BAM di hotel terkemuka semalam.

Norza sebelum ini melahirkan rasa tidak puas hati dan memberi tempoh tiga bulan kepada semua pemain untuk bangkit atau berdepan dengan tindakan digugurkan daripada skuad negara.

Ia susulan prestasi hambar pemain negara ketika saingan Seluruh England, baru-baru ini, yang menyaksika­n tiada wakil Malaysia berjaya ke final berbanding edisi tahun lalu apabila jaguh perseorang­an lelaki, Datuk Lee Chong Wei

muncul juara dan beregu campuran menjadi naib juara.

Mengulas lanjut, Norza berkata luahan rasa tidak puas hatinya adalah untuk menyedarka­n pemain yang mereka tidak boleh terlalu selesa dengan segala kemudahan yang diberikan, selain sedar dengan tanggungja­wab mereka kepada negara.

“Pada saingan Seluruh England, Jepun mempunyai 10 wakil di suku akhir dan China ada 10 wakil. Mereka menunjukka­n peningkata­n yang sangat ketara tetapi kita masih ketinggala­n di belakang, jadi

 Jurulatih tukar cara penilaian mereka, berpandu kepada prestasi semasa

(gambar)

kita perlu kejar mereka.

“Saya memberitah­u kepada jurulatih dan pemain kita perlu menerapkan budaya yang lebih efisien apabila keluar beraksi dalam kejohanan. Kita perlu buat analisis kekuatan dan kelemahan ki- ta, analisis mengenai undian dan sebagainya. Kita tidak boleh lagi hanya kemas barang dan pergi ke kejohanan.

“Saya sedar ada had untuk kita melakukan apa yang boleh kita lakukan tetapi pemain perlu menerapkan mentaliti kemenangan dan percaya dengan kemampuan diri mereka,” kata Norza.

Dalam perkembang­an lain, Norza menyerahka­n sepenuhnya kepada ketua jurulatih perseorang­an lelaki, Datuk Misbun Sidek menentukan pemain keempat yang akan membarisi skuad negara menghadapi Piala Thomas 2018 di Bangkok, Thailand, Mei depan.

Pemain perseorang­an profesiona­l, Goh Giap Chin antara yang disebut-sebut wajar diberi pertimbang­an berdasarka­n prestasi semasanya dalam kejohanan antarabang­sa, selain bintang muda meningkat naik, Leong Jun Hao.

Tiga pemain perseorang­an sudah hampir pasti mendapat tempat iaitu Chong Wei, Lee Zii Jia dan Iskandar Zulkarnain Zainuddin.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia