Harian Metro

Galaxy tagih magis Ibra

-

Los Angeles: Aksi sulung Zlatan Ibrahimovi­c bersama Los Angeles Galaxy mungkin dapat disaksikan paling awal pada Sabtu ini (esok), menurut pengurus Galaxy, Sigi Schmid.

Bintang Sweden itu dijangka tiba di Selatan California malam ini dan berlatih bersama rakan sepasukan pagi esok sebelum menentang ‘musuh’ baru mereka, Los Angeles Football Club di StubHub Center.

“Dia seorang yang suka cabaran dan saingan. Jika anda tanya adakah dia cukup cergas untuk aksi 90 minit pada Sabtu ini. Jawapannya tidak, tetapi dia mampu menyumbang sesuatu,” kata Schmid.

Kedatangan Ibrahimovi­c ke Selatan California mendapat publisiti meluas minggu lalu dengan iklan muka penuh di LA Times tertera ‘Wahai Los Angeles, anda dialu-alukan’.

Pemain veteran berusia 36 tahun itu yang berketingg­ian 1.95m itu mempunyai reputasi hebat dengan 31 koleksi kejuaraan bersama Ajax, Inter Milan, Barcelona, AC Milan, Paris Saint-Germain dan Manchester United.

Dia disambar Galaxy selepas mendapat pelepasan daripada United, tetapi tidak beraksi sejak mengalami kecederaan lutut kanan pada Disember lalu.

Kali terakhir dia beraksi bersama United ketika seri 2-2 menentang Burnley pada 26 Disember lalu.

Schmid berkata, dia dan kelab akan memikirkan kaedah terbaik menggunaka­n sepenuhnya pengalaman luas Ibrahimovi­c.

“Sudah tentu dia akan memainkan peranan dalam perlawanan LAFC. Kami akan memantau kecergasan­nya.”

Bagaimanap­un Schmid tidak terlalu risau. “Dia pemain yang hebat. Setiap kali anda menurunkan pemain hebat, dia akan membantu anda,” katanya. - AFP

>>Kali terakhir Ibrahimovi­c beraksi bersama United ketika menentang Burnley 26 Disember lalu

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia