Harian Metro

BUKAN SALAH STRATEGI

- AFP

 Monchi akui penjualan Salah ke Liverpool dengan harga murah bersesuaia­n kadar semasa

Rome

Pengarah Sukan AS Roma, Monchi merumuskan penyerang Mesir, Mohamed Salah dijual murah kepada Liverpool dengan harga 40 juta euro (RM189.92 juta) sebelum “Neymar” mengubah pasaran.

“Untuk memahami jualan ini anda perlu faham dua perkara. Pertama ia dibuat sebelum kesan Neymar yang mengubah pasaran perpindaha­n,” kata Monchi ketika mesyuarat bersama akhbar antarabang­sa di Rome, semalam.

Perpindaha­n pemain Brazil, Neymar dengan rekod dunia 222 juta euro (1.054 bilion) dari Barcelona ke Paris Saint-Germain Ogos lalu memulakan rantaian pergerakan.

Penyerang Perancis, Ousmane Dembele berhijrah dari Borussia Dortmund ke Barcelona dengan perjanjian 145 juta euro (RM688.46 juta) manakala pemain Brazil, Philippe Coutinho ke Barcelona dari Liverpool dengan nilai 160 juta euro (RM759.68 juta) pada Januari.

“Kami juga perlu menjualnya (Salah) sebelum 30 Jun (kerana sekatan Financial Fair Play),” kata Monchi. “Mereka yang tahu sedikit mengenai perniagaan sedar ia seperti sesuatu yang buruk akan berlaku.”

“Jadi apabila kita ambil dua

elemen ini, jadi kami rasa sudah membuat jualan yang betul.

“Kini kami melalui musim yang hebat dengan kesan Neymar, Coutinho, Dembele, nilainya tanpa keraguan lebih mahal,” kata bekas pengarah sukan Sevilla itu.

Salah, 25, kini penjaring terbanyak Liga Perdana dengan 28 gol dalam 30 perlawanan. Secara keseluruha­n dia menjaringk­an 36 gol dalam semua kejohanan pada penampilan pertama di Liverpool.

“Dia sangat kuat,” kata Monchi. “Tetapi menakjubka­n kerana dia kembali ke liga iaitu tempat dia tidak berjaya ketika bersama Chelsea.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia