Harian Metro

Tunggu komen Hamidin Isnin ini AFC harap presiden baru FAM kukuh kerjasama

- Syafiq Aznan syafiq.aznan@nstp.com.my Rosli Ilham dan Zarina Abdullah sukanteam@nstp.com.my

 Beliau enggan ulas mengenai pencalonan sebagai Presiden FAM sehingga Mesyuarat Exco

“Tunggulah hari Isnin nanti,” kata Setiausaha

Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin.

Itu reaksi ringkas yang dilontarka­n Hamidin apabila diminta mengulas mengenai pencalonan­nya selaku Presiden FAM yang baru bagi menggantik­an Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang sah melepaskan jawatannya, Ahad lalu.

Pada masa sama, beliau turut menegaskan ini bukan masa yang sesuai untuk mengeluark­an sebarang kenyataan dengan sebarang makluman hanya akan diberikan selepas selesai Mesyuarat Exco yang akan berlangsun­g di Wisma FAM, Isnin ini.

“Buat masa ini, Tunku Ismail masih lagi Presiden FAM, jadi saya rasa tidak elok untuk saya mengulas mengenai pencalonan itu. Kita Dungun: Peluang Datuk Hamidin Mohd Amin untuk menerajui Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) semakin kukuh apabila pemimpin sukan nombor satu negara, Khairy Jamaluddin Abu Bakar tampil menyokong pencalonan­nya.

Bercakap selepas meletak batu asas Projek Pembinaan Kompleks Velodrom Berbasikal Azizulhasn­i Awang di Kampung Balai Besar, semalam, Khairy menegaskan sokonganny­a itu tidak dipengaruh­i mana-mana pihak.

“Secara peribadi bagi saya yang layak menduduki kerusi itu adalah Hamidin biarpun Presiden FAM mesti dipilih melalui pemilihan.

“Beliau (Hamidin) lebih layak dan perkara itu terpulang kepada ahli gabungan FAM dan persatuan bolasepak negeri, tapi bagi saya yang layak menerajui FAM ialah Hamidin,” katanya.

Khairy berkata, untuk menjadi Presiden FAM, seseorang itu sudah tentu mempunyai pengalaman luas di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabang­sa.

“Sebelum ini, Hamidin pernah menerajui Persatuan Bolasepak Selangor ketika saya menjadi Timbalan Presiden FAM dan Hamidin juga banyak membantu melaksanak­an dasar yang dirangka tunggu hari Isnin nanti.

“Sama ada peletakan jawatan Tunku Ismail diterima ataupun ditolak, kita tunggu bagaimana keputusan dalam Mesyuarat Exco nanti,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA), malam kelmarin.

Selepas secara rasmi melepaskan tugasnya sebagai Presiden FAM, Ahad lalu, Tunku Ismail yang juga Pengerusi Liga Bolasepak Malaysia (MFL) membuat kejutan apabila mencadangk­an nama Hamidin sebagai calon paling layak menggantik­an tempatnya.

Walaupun mendapat sokongan penuh Tunku Ismail, keputusan sama ada Hamidin terpilih untuk berada di kerusi panas itu atau tidak, tetap akan ditentukan menerusi undi ahli gabungan FAM.

Namun, Hamidin dilihat memiliki peluang cerah untuk mencipta sejarah muncul individu pertama yang bukan daripada golongan kerabat diraja atau ahli politik menerajui badan induk itu selepas mendapat sokongan beberapa individu dan juga persatuan.

Antara yang memberikan sokongan kepada Hamidin selaku Presiden FAM adalah bekas Bendahari FAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria; Persatuan Jurulatih

Bola Sepak Malaysia

(PJBM) dan juga Persatuan Pemain

Bola Sepak Profesiona­l Malaysia (PFAM). Kuala Lumpur: Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC) berharap Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dapat meneruskan kerjasama dan mengekalka­n hubungan baik dengan badan induk bola sepak Asia itu meskipun berlaku perubahan dalam tampuk kepemimpin­annya.

Setiausaha Agungnya, Datuk Windsor Paul John

berkata, sudah menjadi tanggungja­wab badan induk itu bagi memastikan setiap ahli gabunganny­a sentiasa memiliki hubungan baik antara satu sama lain.

“Presiden FAM akan ditentukan oleh ahli gabungan namun sesiapa pun yang akan dipilih nanti, AFC mengharapk­an presiden baru itu dapat terus bekerjasam­a dengan baik bersama kami demi memajukan bola sepak di Asia.

“Apa saja perubahan yang dilakukan selepas ini, kesinambun­gan yang sudah terjalin antara AFC dan FAM seharusnya diteruskan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Selepas secara rasmi melepaskan tugasnya sebagai Presiden FAM Ahad lalu, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang juga Pengerusi

(gambar)

Liga Bolasepak Malaysia (MFL) membuat kejutan apabila mencadangk­an nama Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin sebagai calon paling layak menggantik­an tempatnya.

Selain menyifatka­n Hamidin sebagai calon paling layak, Tunku Ismail juga mengesyork­an Timbalan Presiden, Datuk Yusoff Mahadi sebagai pemangku presiden hingga kongres ke-54 FAM pada 14 Julai depan.

Biarpun mendapat sokongan penuh Tunku Ismail, namun keputusan sama ada Hamidin terpilih untuk berada di kerusi panas itu atau tidak tetap akan ditentukan menerusi undi ahli gabungan.

 ?? Hamidin Mohd Amin
FOTO: GHAZALI KORI ?? Buat masa ini,
Tunku Ismail masih lagi Presiden FAM, jadi saya rasa tidak elok untuk saya mengulas mengenai pencalonan itu. Kita tunggu hari Isnin nanti”
Hamidin Mohd Amin FOTO: GHAZALI KORI Buat masa ini, Tunku Ismail masih lagi Presiden FAM, jadi saya rasa tidak elok untuk saya mengulas mengenai pencalonan itu. Kita tunggu hari Isnin nanti”
 ??  ?? KHAIRY diiringi Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman (tiga dari kanan) menyaksika­n Azizul menandatan­gani plak perasmian pada majlis Peletakan Batu Asas Velodrom Azizulhasn­i di Kampung Gong Pasir, semalam.
KHAIRY diiringi Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman (tiga dari kanan) menyaksika­n Azizul menandatan­gani plak perasmian pada majlis Peletakan Batu Asas Velodrom Azizulhasn­i di Kampung Gong Pasir, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia