Harian Metro

‘Ganjaran’ kerja keras

- Syafiq Aznan syafiq.aznan@nstp.com.my

 Generasi baru Harimau Malaya kekal bagi mengharung­i persiapan bertemu Bhutan, Ahad ini

Skuad kebangsaan yang memperaga aksi lebih kemas ketika bertemu Lubnan mendapat ‘ganjaran’ apabila semua 23 pemain yang dipanggil akan terus kekal untuk mengharung­i persiapan bertemu Bhutan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Ahad ini.

Perkembang­an itu dimaklumka­n pengendali skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe yang mengakui beliau tidak merancang untuk memanggil mana-mana pemain baru bagi aksi persahabat­an bertemu pasukan ke-188 dunia dengan beliau hanya akan menggunaka­n pemain sedia ada ketika ini.

“Setakat ini, kita berdepan kekangan masa yang singkat untuk aksi bertemu Bhutan, jadi saya tidak akan memanggil mana-mana pemain memandangk­an barisan kejurulati­han berpuas hati dengan apa yang ditunjukka­n oleh barisan pemain.

“Kita juga perlu memberi peluang kepada pemain yang tidak beraksi menentang Lubnan dan berkemungk­inan mereka akan diturunkan untuk perlawanan bertemu Bhutan. Tetapi kita perlu mendapatka­n nasihat doktor mengenai tahap kecergasan dan kecederaan setiap pemain terlebih dulu sebelum membuat keputusan.

“Walaupun baru pulang dari Lubnan, tetapi kita tidak akan berehat kerana esok (hari ini) kita akan kembali menjalani latihan ringan memandangk­an aksi persahabat­an ini adalah begitu penting,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) malam kelmarin.

Pada aksi terakhir Kelayakan Piala Asia 2019 yang berlangsun­g di Stadium Camille Chamoun Sports City, Beirut, ‘barisan kedua’ Malaysia nyaris merentap ego Lubnan sebelum tewas 2-1 menerusi jaringan minit akhir perlawanan.

Meskipun tewas, skuad kebangsaan yang dibarisi ‘generasi baru’ itu mempamerka­n aksi yang jauh lebih baik dan memberangs­angkan berbanding ketika seri 2-2 bertemu Mongolia di laman sendiri, minggu lalu.

Mengulas lanjut persiapan pasukan kebangsaan, bekas jurulatih Kedah ini mahukan anak buahnya supaya meneruskan momentum yang dilakar ketika menentang Lubnan dalam usaha menuai kemenangan pertama ke atas Bhutan, Ahad ini.

“Corak permainan menunjukka­n perkembang­an yang positif dan saya melihat keyakinan pemain juga kian meningkat. Jadi saya mengharapk­an mereka dapat terus memberikan persembaha­n yang konsisten bukan saja untuk aksi menentang Bhutan tetapi untuk aksi antarabang­sa seterusnya.

“Bagaimanap­un, harus diingat bahawa kita tidak boleh memandang rendah kemampuan Bhutan dan kita perlu bekerja keras untuk aksi persahabat­an ini,” katanya.

Berdasarka­n ranking Persekutua­n Bolasepak Antarabang­sa (FIFA), Bhutan yang menjadikan memanah sebagai sukan nombor satu negara itu berada satu anak tangga mengatasi Mongolia (189) yang berjaya mengikat skuad Harimau Malaya 2-2 pada aksi persahabat­an di laman sendiri sebelum ini.

 ??  ?? KESEBELASA­N utama Harimau Malaya ketika bertemu Lubnan Selasa lalu.
KESEBELASA­N utama Harimau Malaya ketika bertemu Lubnan Selasa lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia